Adapter ini didapati rosak dan telah saya kongsikan sebelum ini di sini.
Setelah dibuka...
Saya juga pernah kongsikan pengalaman membaiki adapter serupa sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.
1000uf, 16v
Setelah dibuka dan dengan pandangan mata kasar jelas kelihatan sebiji kapasitor di bahagian output kembung seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas
Gantikan kapasitor baru...
Nilai kapasitor tersebut ialah 1000uf, 16v. Masalah tidak cukup voltan setelah disambung kepada dekoder selesai setelah sebiji kapasitor kembung telah diganti.
12.18v
Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.
Sebelum ini saya ada kongsikan cara mudah memasang piring astro dan anda boleh rujuk di sini.
Piring astro ini saya pasang pada tahun 2023 dan tidak pernah diubah mahupun dilaras sehingga baru-baru ini jiran sebelah rumah tambah bumbung seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Sesuatu yang menarik perhatian saya ialah walaupun telah dilindung oleh bumbung, isyarat (signal) masih padu pada 87% seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Hari ini saya kongsikan sesuatu yang pernah saya lakukan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.
Lampu LED kiri hangus...
Masalah asal dekoder ini ialah reboot sendiri dan cara membaikinya telah banyak saya kongsikan sebelum ini. Dalam masa yang sama, saya juga mendapati sebiji lampu indikator tidak menyala serta terbakar.
Gantikan dengan LED biasa...
Lampu jenis SMD kecil ini hanya sekali guna sahaja dan ianya akan rosak jika cuba dibuka dari papan litar akibat panas melampau. Jadi, kena beli lampu LED baru, panaskan sehingga timah pada papan litar cair dan simpan lampu LED baru. Pastikan terminal anod & katod tidak terbalik pasang.
Siap...
Kali ini saya gantikan dengan lampu LED biasa berwarna kuning seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan bawah.
Testing...
Selama saya membaiki dekoder astro, banyak kes serupa ditemui namun saya abaikan sahaja sebab dekoder boleh berfungsi tanpa lampu indikator tersebut.
Baru-baru ini saya dirujuk sebuah dekoder astro bersama adapter dan diberitahu oleh pemiliknya gagal berfungsi setelah ELCB di rumahnya padam akibat petir/guntur.
Jika benar kerosakkan adalah akibat petir/guntur biasanya tidak berbaloi dibaiki sebab kerosakkan teruk sehingga melibatkan microprocessor.
Pemeriksaan awal mendapati adapter gagal berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik. Dekoder astro telah diuji berfungsi menggunakan adapter lain.
Setelah adapter saya buka dan periksa, fius utama tidak putus dan bekalan elektrik sampai ke kapasitor utama namun tiada output 12v.
Semua komponen kelihatan elok dan tiada kesan terbakar atau meletup seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
EA1(AZ431) = TL431
Pemeriksaan seterusnya pada bahagian bawah papan litar mendapati dua komponen seperti telah saya labelkan pada gambar di atas dan bawah mengalami litar pintas.
Komponen yang dilabel EA1 ialah regulator atau label lainnya AZ431. Masalah yang saya hadapi ialah komponen pada gambar di atas sebab tidak jumpa datasheet.
Jadi, adapter ini gagal saya baiki sebab salah satu komponen yang rosak tidak diketahui.
Satu lagi sebab ianya tidak saya baiki ialah, tiada alat ganti dalam simpanan dan jika beli adapter baru lebih murah serta cepat.
Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki dekoder model KSF-B285NS namun gagal dibaiki dan anda boleh rujuk di sini.
Model: KSF-B285NS
Hari ini saya dirujuk sebuah lagi dekoder serupa dengan masalah litar pintas. Lampu indikator pada adapter padam apabila disambung kepada dekoder.
Setelah penutup dibuka...
Setelah dibuka serta diperiksa menggunakan multimeter, litar pintas tersebut ialah pada sebiji kapasitor berlabel C228 seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah.
Litar pintas pada dua komponen yang dilabel...
Dekoder masih lagi dalam keadaan litar pintas setelah kapasitor rosak tersebut telah saya tanggalkan dari papan litar dan puncanya ialah dari sebiji ic disebelahnya yang dilabel U23 pada papan litar.
Gantikan komponen yang rosak...
Dekoder ini berjaya diselamatkan setelah kedua-dua komponen rosak di atas telah saya gantikan.
Testing...
Nombor rujukan ic U23 ialah Z1021Ai dan ianya merupakan sebiji voltage regulator.
Kapasitor elok - 26uf
Nilai kapasitor C228 yang elok ialah kira-kira 26uf seperti boleh dilihat pada gambar di sini.
Voltage regulator U23 telah diganti...
Untuk makluman semua, ic U23 (Z1021Ai) membekalkan 5v untuk kegunaan papan litar dekoder ini.
Baru-baru ini saya dirujuk sebuah dekoder astro berbayar dengan masalah yang pernah dikongsikan sebelum ini seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Menurut pemilik, ianya gagal berfungsi jika bekalan elektrik baru dibekalkan namun boleh berfungsi setelah kira-kira 10 minit atau apabila dekoder telah panas.
Selain daripada itu, masalah berikutnya ialah paparan pada skrin tv akan kaku dan indikator terpapar tulisan tidak lengkap setelah kira-kira 45 minit digunakan seperti boleh pada gambar di atas.
Dekoder boleh kembali berfungsi semula jika melakukan 'reboot' atau hanya dengan off/on bekalan elektrik sahaja dengan masalah sama berulang-ulang serta semakin kerap dari hari ke hari.
Testing...
Masalah selesai setelah dua-dua kapasitor rosak ditemui dengan label C2904 & C2910 pada papan litar.
Komponen yang rosak...
Setelah berjaya dibaiki, barulah saya tahu ianya adalah pakej astro berbayar sebab banyak saluran siaran boleh ditonton.
Saluran AEC yang dahulunya percuma untuk pelanggan NJOI di C346 telah lesap dan kini bertukar ke C306 dalam pakej berbayar.
C306 - AEC
Menurut pemilik, beliau membayar lebih RM200 sebulan namun bila mengadu dekoder rosak, pihak astro menyuruhnya membeli dekoder baru.
Tiada rekod di aplikasi MyNJOI...
Setahu saya jika dekoder rosak, pihak astro akan menukarkannya dengan percuma jika melanggan siaran atau pakej berbayar.
Apa pun, saya akan cuba baiki semua dekoder yang dirujuk kepada saya. Ini adalah dekoder pertama pakej berbayar saya baiki dan ianya digunakan di negara jiran iaitu Brunei.
Baru-baru ini saya dirujuk sebuah dekoder astro model GX-AS530SJ dan dikhabarkan oleh pemilik dengan kerosakkan HDMI.
Model: GC-AS530SJ
Saya tanya pemilik bagaimana dia tahu HDMI rosak dan menurutnya, dia telah rujuk kepada pihak astro sebelum merujukkannya kepada saya.
Pusat Astro kata HDMI rosak...
Gambar di atas jelas menunjukkan tanda pangkah pada bahagian HDMI oleh pihak astro.
Tiada isyarat (no signal)
Sewaktu saya mengujinya, lampu merah menyala namun gagal bertukar ke lampu hijau. Setelah saya on/off beberapa kali akhirnya lampu hijau menjelma namun apa yang terpapar pada layar TV ialah seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
Cuaca buruk punca tiada siaran...
Seterusnya saya keluarkan kad pintar (smart card) dan tiada masalah lampu merah bertukar ke hijau dan dekoder berfungsi normal serta boleh mendengar radio sahaja.
Setelah penutup dibuka...
Masalah kembali semula setiap kali saya masukkan kad pintar. Saya telah uji kad pintar tersebut pada dekoder saya dan ianya elok.
Lampu merah - Off
Saya juga dapati setiap kali kad pintar dimasukkan, selain tiada siaran, dekoder juga gagal berfungsi bila cuba dikawal menggunakan alat kawalan jauh termasuk menekan butang-butang pada dekoder.
Lampu hijau - On
Saya juga telah lakukan segala percubaan melalui pengalaman lepas termasuk 'reheat' processor dan semuanya menemui jalan buntu. Kemungkinan kerosakkan pada IC 'card reader' namun saya tiada IC tersebut untuk diuji dan saya pasti ianya bukan kerosakkan HDMI sebab tanpa kad pintar, semua berfungsi dengan elok.
Klip video di atas saya rakam sewaktu kad pintar dikeluarkan namun jika kad dimasukkan, ianya tiada bacaan lagi. Maksudnya processor gagal berfungsi bila dengan kad pintar.
Ini adalah pengalaman pertama saya dengan masalah sedemikian dan ianya gagal dibaiki.
Seperti kebiasaan, pada suatu pagi dengan keadaan hujan lebat, saya hidupkan dekoder astro merasa kecewa disebabkan tiada liputan/siaran.
Code: S14
Sesuatu yang lagi mengecewakan ialah selain tiada isyarat (signal) berikutan cuaca buruk, apa yang terpapar pada skrin TV ialah seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Hari sebelumnya semua elok dan saya pasti takda mengeluarkan 'smart card' dari dekoder.
Hari ini saya kongsikan cara-cara 'troubleshooting' masalah sedemikian dengan menggunakan alat kawalan jauh sahaja.
1. Tekan butang 'home' pada alat kawalan jauh & pilih settings.
2. Dalam 'settings' pilih 'STB Diagnostics'.
3. Pastikan peratusan 'strength' dan 'quality' ada bacaan dan jika boleh pada 70% keatas. Jika bacaan kurang daripada 70%, panggil juruteknik laras piring di luar rumah atau boleh cuba laras sendiri. Biasanya cuma perlu tinggikan piring sedikit sahaja.
4. Jika semua elok, anda perlu 'reboot' dekoder dengan menekan butang merah pada alat kawalan jauh.
5. Pilih 'Yes, continue' dan tekan butang 'OK' serta tunggu proses 'reboot' selesai secara automatik.
Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.