Thursday, 1 October 2026

Code: S1 (Astro decoder)

Baru-baru ini tiba-tiba skrin TV saya memaparkan Code: S1 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. 

Code: S1

Apa yang berlaku ialah, paparan code: S1 berulang-ulang dan siaran juga terputus-putus.

Lokasi periksa bekalan 12v pada dekoder

Pemeriksaan awal pada dekoder asyro mendapati bekalan 12v tidak mencukupi seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

9.86v sahaja...

Untuk makluman semua, bacaan voltan cukup 12v jika tidak disambungkan kepada dekoder.

Adapter jenama TNK, model: WT1202500

Menurut rekod, adapter tersebut dikilangkan pada tahun 2011 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Tahun diperbuat: 2011

Di pendekkan cerita, saya gantikan adapter yang baru dan masalah selesai.

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di atas.

Selamat berDIY... 

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.