Showing posts with label MEAN WELL. Show all posts
Showing posts with label MEAN WELL. Show all posts

Tuesday, 4 August 2020

Baiki MEAN WELL NES-350-12 SMPS

Sebelum ini saya pernah baiki SMPS (switching mode power supply) seperti ini dan anda boleh membacanya di sini.
MEAN WELL NES-350-12
Kali ini masalahnya ialah bekalan output tidak cukup untuk menyalakan lampu neon papan tanda atau malap. Masalah sebegini hampir sama dengan masalah adapter yang telah saya baiki beberapa hari yang lepas di sini.
Bahagian bawah papan litar...
Setelah dibuka, benda pertama yang saya dapati rosak ialah lampu LED tidak menyala dan banyak 'cold solder joint' ditemui pada bahagian bawah papan litar seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas.
Testing...
Saya tukar LED dengan yang baru dan baiki kesemua 'cold solder joint' dengan membuang pateri lama, bersihkan dan pateri semula.
Pasang balik...
Setelah siap dan diuji, masalah sebelum ini telah selesai dan SMPS tersebut masih boleh digunakan semula.
Tested -ok
Selamat mencuba...

Friday, 26 June 2020

MEAN WELL NES-100-12 PSU repair

Sebelum ini saya pernah membaiki PSU (power supply unit) seperti ini tetapi jenama yang berbeza dan anda boleh membacanya di sini dan di sini.
MEAN WELL NES-100-12
PSU kali ini berjenama MEAN WELL, Model: NES-100-12 seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
Model: NES-100-12
Pemilik memberitahu saya ianya tidak dapat digunakan dan ketika saya mengujinya, ianya tidak berfungsi langsung termasuk lampu indikator berwarna hijau juga tidak menyala.
Setelah penutup dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa, komponen yang didapati rosak ialah seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
Keluarkan komponent yang rosak...
Setelah kesemua komponen yang rosak di atas saya gantikan dan diuji, PSU tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.
Testing...
PSU tersebut membekalkan 12vdc untuk kegunaan CCTV, lampu papan tanda atau apa-apa sahaja peralatan elektrik yang memerlukan bekalan 12vdc.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Thursday, 3 January 2019

Baiki MEAN WELL NES-350-12 SMPS

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki SMPS buatan China berjanama Mean Well, model: NES-350-12.
Pandangan atas SMPS
Masalah SMPS tersebut ketika dirujuk kepada saya ialah apabila dibekalkan arus elektrik ia memerlukan masa kira-kira 15 saat untuk dihidupkan dan akan padam bila-bila masa.
Pandangan pada bahagian terminal input/output
Setelah diperiksa secara menyeluruh menggunakan multimeter, kesemua komponen berada dalam keadaan baik. Namun kenapa ianya padam dengan sendiri dan tidak berfungsi serta merta setelah dibekalkan arus elektrik.
Setelah di buka penutup
Seterusnya saya mengambil langkah untuk cuba menukar komponen yang disyaki tidak berfungsi dengan sempurna.

Untuk makluman semua, SMPS ini dilengkapi dengan relay & apabila relay dihidupkan akan kedengaran bunyi 'klik' dan led akan menyala. Oleh yang demikian saya dapati terdapat satu voltage regulator yang membekalkan eletrik kepada relay tersebut iaitu dengan nombor rujukan 7812 dan saya telah menukar voltage regulator (7812) tersebut sebagai percubaan pertama (cuba jaya) seperti yang ditanda pada gambar di atas.
Voltage regulator 7812 yang diganti...
Nasib amat menyebelahi saya dan SMPS tersebut berfungsi dengan normal setelah ditukar voltage regulator sahaja.

Selamat mencuba...