Sebelum ini saya pernah membaiki PSU (power supply unit) seperti ini tetapi jenama yang berbeza dan anda boleh membacanya di
sini dan di
sini.
 |
MEAN WELL NES-100-12
|
PSU kali ini berjenama MEAN WELL, Model: NES-100-12 seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
 |
Model: NES-100-12
|
Pemilik memberitahu saya ianya tidak dapat digunakan dan ketika saya
mengujinya, ianya tidak berfungsi langsung termasuk lampu indikator
berwarna hijau juga tidak menyala.
 |
Setelah penutup dibuka...
|
Setelah dibuka dan diperiksa, komponen yang didapati rosak ialah seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
 |
Keluarkan komponent yang rosak...
|
Setelah kesemua komponen yang rosak di atas saya gantikan dan diuji, PSU tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.
 |
Testing...
|
PSU tersebut membekalkan 12vdc untuk kegunaan CCTV, lampu papan tanda atau apa-apa sahaja peralatan elektrik yang memerlukan bekalan 12vdc.
 |
Tested - ok
|
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.