Pagi ini saya dirujuk sebuah penyedut hampagas (vacuum cleaner) berjenama CORNELL, model: CVC-WD601P dengan masalah tidak dapat dihidupkan.
![]() |
Jenama: CORNELL |
Penyedut hampagas ini jenis 3 dalam 1 iaitu boleh menyedut dalam keadaan kering, basah dan juga boleh digunakan untuk meniup (blow).
![]() |
Model: CVC-WD601P |
Seperti biasa saya periksa fius pada plug 3-pin, wayar serta suis dan semuanya masih elok serta tidak rosak.
![]() |
Carbon brush masih elok... |
Kemudian saya buka serta periksa 'carbon brush' dan ianya juga masih elok seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
![]() |
Tiada 'continuity' pada salah satu coil... |
Pemeriksaan seterusnya mendapati salah satu coil pada stator tiada 'continuity' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
![]() |
Wayar penyambung putus... |
Saya pada mulanya mencari 'thermal fuse' namun penyedut hampagas tersebut tidak dilengkapi dengan 'thermal fuse' . seterusnya saya menemui salah satu penyambungnya putus setelah ditarik seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
![]() |
Sambung balik balik penyambung yang putus... |
Punca kerosakkan telah ditemui dan saya cuma perlu sambung kembali penyambung tersebut sahaja.
![]() |
Testing - dah ada 'continuity'... |
Setelah disambung kembali bahagian yang putus dan diuji dengan multimeter, coil tersebut telah ada 'continuity'. Apabila dibekalkan arus elektrik dan diuji, ianya telah berjaya dibaiki dan kembali berfungsi seperti biasa.
![]() |
Tested - ok |
Setelah semuanya siap, saya belek-belek penyedut hampagas tersebut dan mandapati bahawa ia adalah produk buatan negara kita Malaysia.
![]() |
Made in Malaysia |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.