Sebelum ini saya pernah membaiki periuk nasi dan anda boleh membacanya di
sini dan
sini.
 |
Jenama: PHILIPS
|
Hari ini saya dirujuk sebuah periuk nasi berjenama PHILIPS, Model: HD4711 dengan masalah tidak boleh dihidupkan walaupun arus elektrik telah dibekalkan.
 |
Model: HD4711
|
Komponen pertama yang saya periksa ialah fius pada plug 3-pin dan ianya masih elok. Jika tiada masalah pendawaian, buka bahagian bawah periuk nasi dan periksa satu per satu seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
 |
Setelah penutup bahagian bawah dibuka...
|
Terdapat dua elemen pemanas pada periuk nasi iaitu satu untuk memasak dan satu lagi untuk 'keep warm' seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas.
 |
Periksa elemen pemanas...
|
Setelah diperiksa, kerosakkan periuk nasi tersebut ialah:-
- Thermal fuse putus (10A, 192C)
- wayar penyambung ke 'keep warm heating element' putus
 |
Kedudukan 'thermal fuse'...
|
Gambar di atas menunjukkan lokasi 'thermal fuse' dan pastikan anda gantikan dengan nilai yang sama iaitu 10A, 192C seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
 |
Thermal fuse yang rosak - 10A, 192C
|
Gambar di bawah menunjukkan 'keep warm heating element' yang telah saya buka dan gantikan wayar yang putus dengan yang baharu.
 |
Buka 'keep warm heating element'...
|
Pastikan anda guna wayar yang disalut dengan penebat haba seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
 |
Gantikan wayar yang putus dengan baru...
|
Setelah wayar telah siap ditukar dan dipasang kembali, periksa semula kedua-dua terminal wayar menggunakan multimeter untuk memastikan sambungannya elok.
 |
825Ω (keep warm heating element)
|
Setelah 'thermal fuse' dan wayar yang putus saya gantikan dengan yang baru dan diuji, periuk nasi tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan.
 |
Testing, Warm - ok
|
Pastikan lampu 'warm' menyala ketika arus elektrik dibekalkan dan lampu 'cook' menyala selepas suis memasak ditekan.
 |
Testing, Cook - ok
|
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.