Sebelum ini saya pernah membaiki thermostat digital seperti ini dan anda boleh membacanya di
sini,
sini dan di
sini.
|
Komponen yang rosak...
|
Masalah kali ini juga sama iaitu langsung tidak dapat dihidupkan dan setelah dibuka serta diperiksa, komponen yang rosak ialah sebiji perintang 47Ω/1W dan sebiji kapasitor 470uF, 25v seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
|
Indikator rosak...
|
Setelah komponen yang rosak di atas ditukar dan diuji, ianya kini boleh dihidupkan semula namun indikator juga rosak dan telah saya tandakan pada gambar di atas.
|
Keluarkan indikator yang rosak...
|
Indikator yang rosak tidak dapat dibaiki dan harus digantikan dengan yang baru. Gambar di bawah menunjukkan thermostat tersebut telah berjaya dibaiki dan masih boleh digunakan semula.
|
Siap & tested - ok
|
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.