Saturday 27 June 2020

Panasonic aircon remote control repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki alat kawalan jauh untuk penghawa dingin berjenama Panasonic dengan masalah skrin tidak menyala.
Panasonic
Apabila dibuka, benda pertama yang didapati rosak ialah skrin kelihatan berwarna hitam seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
'Reflector' skrin rosak...
Cara untuk membaiki dan menukar 'reflector' yang rosak pernah saya kongsikan dahulu dan anda boleh membacanya di sini.
Buka 'reflector' lama & tukar...
Setelah 'reflector' tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, skrinnya masih tidak menyala namun LED 'infra red' (IR) menyala apabila ditekan. Ini memberitahu saya bahawa alat kawalan jauh tersebut boleh digunakan namun skrinnya sahaja yang tidak menyala.
X2 = crystal oscillator...
Apabila diperiksa komponen pada papan litar satu per satu, akhirnya saya menemui satu komponen yang dilabel X2 iaitu sebiji 'crystal oscillator' atau juga dikenali sebagai 'quartz crystal' yang terputus salah satu terminalnya akibat berkarat dan telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.
Label pada papan litar...
Pada mulanya saya sambung kembali terminal yang putus di atas dan diuji, namun skrinnya masih juga tidak menyala.
Gantikan crystal oscillator dengan yang baru...
Jadi saya terpaksa menukar 'crystal oscillator' tersebut dengan yang baru seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Testing...
Alat kawalan jauh tersebut akhirnya kembali berfungsi setelah 'crystal oscillator' siap diganti serta diuji. Untuk pengetahuan semua, 'crystal oscillator' digunakan pada setiap jam quartz yang menggunakan bateri. Jika ianya rosak, jam quartz juga tidak akan berfungsi termasuk skrinnya juga tidak akan menyala.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.