Thursday 11 June 2020

SAMSUNG UA39FH5003R repair

Semalam saya dirujuk sebuah TV jenis LED berjenama SAMSUNG, Model: UA39FH5003R dengan masalah boleh dihidupkan namun malap walaupun kecerahan (brightness) telah dilaras maximum.
Jenama: SAMSUNG
Sebelum saya membuka TV tersebut, saya telah mengujinya dan ianya boleh dihidupkan serta skrinnya malap. Saya teka ianya masalah backlight atau PSU (power supply unit).
Model: UA39FH5003R
Setelah dibuka, cuma 3 keping papan litar sahaja kelihatan iaitu seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Setelah penutup belakang dibuka...
Apabila saya cabut wayar penyambung mainboard ke PSU dan bekalkan arus eletrik kepada TV tersebut, backlight boleh menyala dan tidak malap. Oleh itu masalahnya bukan pada backlight atau mainboard sebab ianya masih boleh dihidupkan.
PSU - BN44-00066A
Ujian di atas meyakinkan saya bahawa masalahnya ialah pada PSU dan setelah dibuka serta diperiksa dengan mata kasar, saya dapati terdapat terminal yang berkarat pada bahagian bawah papan litar seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Bahagian bawah PSU...
Sebelum ini saya juga pernah dirujuk TV dengan masalah terminal berkarat dan anda boleh rujuk di sini.
Terminal yang berkarat...
Setelah terminal yang berkarat dibersihkan akhirnya saya menemui salah satu terminal telah putus seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.
'jumper' berkarat & putus...
Setelah 'jumper' tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, kini TV tersebut langsung tidak dapat dihidupkan dan lampu 'standby' berkelip-kelip.
SF26G
Seterusnya saya periksa semula PSU tersebut dan menemui sebiji diod yang berlabel SF26G mengalami litar pintas dan kedudukannya bersebelahan dengan 'jumper' yang putus di atas. Nilai diod tersebut ialah 2A, 400v.
Litar pintas...
Diod tersebut saya gantikan dengan yang baru dan apabila diuji, TV tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.
Siap...
Sekiranya anda tidak tahu membaiki PSU, anda boleh pilih untuk tukarkan PSU yang baru dan TV masih boleh digunakan semula.
Selamat mencuba...
Murah, LG LCD aku 32" RM1,200.00...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.