Sunday 14 June 2020

Kesan Protein Tidak Cukup

Protein ialah khasiat/nutrien yang penting kepada badan manusia. Ia berfungsi untuk membina tisu badan, enzim dan hormon serta bertindak sebagai sumber tenaga.
Tubuh manusia mengandungi lebih daripada 100,000 protein yang berbeza, justeru ia perlu diambil setiap hari dalam kuantiti yang mencukupi daripada kalori harian.
Kita harus mendapatkan sekurang-kurangnya 10% daripada kalori harian daripada protein. Dan sumber protein perlu dipelbagaikan daripada pelbagai jenis makanan.

Yogurt rendah lemak, dada ayam, semangkuk kacang dan pelbagai lagi makanan yang kaya dengan protein.

Bagaimana kita boleh mengetahui badan kita mengalami masalah kekurangan protein?

1. Bengkak
Ini adalah gejala yang paling kerap jika anda tidak mempunyai protein yang mencukupi. Biasanya bengkak ini berlaku di kaki, perut, dan juga tangan. Ini adalah disebabkan, albumin (protein) yang ada dalam salur darah mencegah air di dalam darah daripada keluar dan berkumpul di tisu. Namun, terdapat juga pelbagai punca kepada kaki bengkak, jadi anda perlu dapatkan nasihat doktor.

2. Perubahan emosi
Otak memerlukan bahan kimia yang dipanggil neurotransmitter untuk memindahkan informasi antara sel saraf. Ianya diperbuat daripada asid amino atau protein. Kekurangan protein boleh menyebabkan kekurangan neurotransmitter dan mengganggu fungsi otak yang juga mengawal emosi.

3. Masalah rambut, kuku dan kulit
Rambut, kuku dan kulit terdiri daripada elastin, kolagen dan keratin yang diperbuat daripada protein. Jika badan anda tidak mampu menghasilkan bahan tersebut, anda akan mengalami rambut gugur/halus, kulit kering, dan kuku yang tidak rata. Namun, kekurangan diet protein bukan hanya puncanya. Bincang dengan doktor anda.

4. Keletihan
Kajian menunjukkan jika anda tidak cukup protein, ianya akan memberikan masalah kepada otot yang juga mengawal pergerakan dan postur badan. Kekurangan protein juga boleh menyebabkan anaemia yang mana anda kekurangan oksigen dan menjadi letih.

5. Lapar
Gejala yang paling kerap. Protein memberikan tenaga selain dari karbo dan lemak. Jika anda makan banyak dan anda ingin makan di antara makanan berat, anda mungkin perlukan protein. Kajian menunjukkan protein membantu anda dalam mengenyangkan anda seharian.

6. Luka lambat sembuh
Seseorang yang kurang protein jika terluka memerlukan masa yang lebih lama untuk sembuh. Jika anda terseliuh atau sakit badan juga lama untuk sembuh. Ini kerana badan tidak cukup menghasilkan kolagen. Untuk luka sembuh dan menghentikan darah, anda memerlukan protein juga.

7. Selalu sakit
Asid amino diperlukan dalam darah untuk sistem ketahanan badan yang menghasilkan antibodi untuk mengaktifkan sel darah putih untuk melawan virus, bakteria dan toksin. Protein juga penting untuk proses pencernaan.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.