Thursday 4 June 2020

Troubleshooting DIY 6v battery

Sebelum ini saya ada tunjukkan cara untuk berjimat membuat DIY 6v bateri dan anda boleh membacanya di sini.
DIY 6v bateri...
Saya ada menyiapkan kira-kira 50 biji DIY 6v bateri seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Bacaan kurang dari 6v, kenapa?
Dalam banyak-banyak yang saya DIY, ada sebiji yang tidak boleh digunakan. Apabila saya periksa voltan output seperti boleh dilihat pada gambar di atas, bacaannya cuma 4.5v sahaja dan bukan 6v.
Bateri yang elok bacaannya ialah 1.5v...
Secara amnya, voltan sebiji bateri biasa ialah 1.5v dan jika disambung secara bersiri, jumlah voltan seharusnya 6v.
Bateri bermasalah dengan bacaan negative...
Dipendekkan cerita, saya keluarkan keempat-empat bateri tersebut serta periksa satu per satu dan mendapati salah sebiji memberi bacaan negatif iaitu -0.243v seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Jadi, saya tukar bateri yang rosak di atas dengan yang baru dan jumlah voltannya kini 6v seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Tukar bateri rosak & tested - ok
Kadang-kadang dalam banyak-banyak bateri yang kita beli, ada yang tidak boleh digunakan dan ianya diklasifikasikan sebagai 'manufacturing defect'.

Anda cuma perlu periksa mengikut langkah-langkah yang saya tunjukkan seperti di atas tanpa perlu menukar kesemuanya.

Bateri yang rosak dan mempunyai bacaan negatif biasa dijumpai pada 'rechargable battery' lampu kecemasan yang rosak.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.