Sunday, 7 June 2020

LG 29FU1RLX-T1 CRT TV repair

TV jenis CRT kini semakin pupus dan jarang yang masih berminat membaikinya lagi jika mengalami kerosakkan. Namun kadang-kadang masih ada yang meminta untuk dibaiki.
Jenama: LG, Model: 29FU1RLX-T1
Pemilik cuma memberitahu saya bahawa layar (skrin) tidak menyala dan apabila saya mengujinya, lampu 'standby' juga tidak menyala.
Papan litar setelah dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa, saya menjumpai sebiji kapasitor ceramik didapati litar pintas seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.
litar pintas pada kapasitor berlabel 221, 2kv
Kapasitor tersebut dilabel C408 pada papan litar dan nilainya ialah 220pF, 2kv atau dilabel 221, 2kv pada kapasitor dan berwarna biru.
C408 = 221, 2kv
Walaupun kapasitor tersebut kelihatan berwarna putih dan telah hangus, namun ianya sebenarnya litar pintas dan menyebabkan TV gagal dihidupkan.
Kapasator rosak dan baru...
Apabila kapasitor yang hangus tersebut saya keluarkan daripada papan litar, ianya telah hancur dan boleh dilihat seperti pada sebelah kiri gambar di atas.
221 = 220pF
Label pada kapasitor ialah 221 bermaksud 220pF dan bila diperiksa dengan menggunakan 'capacitance meter' bacaannya haruslah -/+220pF seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Gantikan kapasitor dengan yang baru...
Setelah kapasitor tersebut saya gantikan dengan yang baru dan tiada kerosakkan komponen lain yang ditemui berdekatan, saya uji TV tersebut dan ianya telah berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan.
Tested - ok
Mungkin ramai tidak berminat untuk membaiki TV jenis CRT lagi, namun saya berpendapat ianya berbaloi untuk dibaiki dan sangat tahan berbanding dengan TV sekarang iaitu jenis plasma, LCD, LED atau OLED.

Untuk pengetahuan semua, TV yang saya baiki ini telah berusia lebih 10 tahun dan saya yakin ianya masih boleh digunakan 10 tahun lagi.

Fikir-fikirkan & selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.