Saya telah membuka dan membaiki banyak dekoder astro sebelum ini. Hari ini saya kongsikan cara bagaimana membuka dekoder astro supaya tidak berakhir dengan insiden 'tikus membaiki labu'.
 |
1. buka kedua-dua skru pada belakang dekoder... |
Gambar-gambar di atas dan di bawah merupakan langkah-langkah membuka dekoder astro dengan betul dan selamat.
 |
2. Buka penutup bahagian belakangnya... |
 |
3. Luruskan pin pada papan litar dan buka sebiji skru... |
Sebelum membuka dan mengeluarkan papan litar, terlebih dahulu keluarkan kad astro supaya pin boleh diluruskan dan dikeluarkan bersama-sama dengan papan litar utama.
 |
4. Luruskan pin menggunakan plyer |
 |
5. pin telah diluruskan... |
Ramai malas membuka slot kad dengan mencabut FFC (flexible flat cable) dan mengeluarkan papan litar utama sahaja.
 |
6. Keluarkan papan litar beserta kad sekali... |
Untuk pengetahuan semua, saya tidak galakkan mencabut FFC tersebut sebab ianya mudah rosak jika tidak dipasang kembali dengan berhati-hati. Ramai yang tanya saya di mana boleh beli FFC tersebut sebab rosak. Ianya rosak bukan kerana anda tidak pandai memasangnya tetapi telah rapuh disebabkan haba pada dekoder setelah bertahun-tahun tidak dipadam termasuk dalam keadaan 'standby'.
 |
7. Baiki... |
Tahukah anda dekoder astro masih panas walaupun dalam keadaan 'standby'? Jadi jika anda berhajat cuba membuka dekoder astro, elak mencabut FFC tersebut.
 |
8. Pasang kembali... |
 |
9. Testing |
 |
10. Siap... |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.