Tuesday 30 June 2020

SENSE 002 hair dryer repair

Hari ini saya dirujuk sebuah alat pengering rambut berjenama SENSEI, Model: 002 dengan masalah mengeluarkan bunyi bising bila dihidupkan.
Jenama: SENSEI
Apabila saya goncang alat pengering rambut tersebut, memang kedengaran sesuatu yang tertanggal di dalamnya.
SENSEI 002
Apabila saya buka dan periksa, kelihatan motor kipas tertanggal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Motor kipas tertamggal...
Bila diteliti, motor tersebut tertanggal disebabkan kedua-dua pemegangnya pecah dan telah saya tandakan pada gambar di atas.
Pecah...
Kerosakkan sedemikian biasanya adalah disebabkan alat pengering rambut tersebut pernah terjatuh dan terhentak. 
Gam guna 'super glue'...
Apa yang boleh dilakukan ialah dengan membuka pemegangnya yang pecah dan gam kembali dengan menggunakan 'super glue' atau apa-apa gam yang kuat untuk plastik. Setakat ini saya dapati cuma 'super glue' sahaja yang terbaik.
Pasang kembali motor...
Tips menggunakan 'super glue' supaya bahagian yang patah/pecah bercantum dengan kuat ialah, jangan cantumkan terus setelah dilumurkan dengan 'super glue'. Tunggu sehingga hampir kering barulah mencantumkan bahagian yang patah/pecah. Selepas dicantumkan, tunggu sehingga betul-betul kering iaitu kira-kira sejam barulah dipasang kembali.
Siap...
Selamat mencuba...

Monday 29 June 2020

TWSB-12V10PQ regulated power supply repair

Hari ini saya dirujuk sebuah transformer 12vdc berjenama TWSB, Model: TWSB-12V10PQ dengan masalah ada voltan (12v) tetapi arus (current) cuma 0.2A sahaja.
TWSB-12V10PQ
Jika dilihat pada label transformer tersebut ianya sepatutnya membekalkan arus (current) sebanyak 800mA atau 0.8A.
Voltage regulator rosak...
Apabila saya buka dan periksa dengan menggunakan multimeter, tiada komponen yang didapati rosak namun saya dapati bahawa arus yang mengalir masuk ke terminal kiri pada 'voltage regulator' adalah kira-kira 2A ampere tetapi arus yang keluar dari terminal sebelah kanan cuma 0.2A sahaja.
7812
'Voltage regulator' yang saya maksudkan ialah seperti boleh dilihat pada gambar di atas iaitu berlabel 7812.
12vdv...
Setelah 'voltage regulator' di atas saya tukar dan diuji, kini transformer tersebut mampu membekalkan arus (current) kira-kira 1.3A apabila diukur dengan ammeter seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan masih boleh digunakan semula.
1.36A
Selamat mencuba...

Sunday 28 June 2020

Denn DM-2688 wireless microphone repair

Semalam saya dirujuk satu set mikrofon tanpa wayar berjenama Denn, model: DM-2688.
Denn DM-2688
Set mikrofon ini dilengkapi dua unit mikrofon dengan frekuensi UHF berbeza iaitu 513.8MHz & 555.8MHz.
513.8MHz & 555.8MHz...
Pemilik memberitahu saya masalahnya ialah pada bahagian penerima (receiver) di mana ianya tidak dapat dihidupkan seperti boleh dilihat pada klip video pertama di atas.
Suis telah dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa, masalahnya ialah kerosakkan suis 'power' dan gambar di atas menunjukkan suisnya yang telah saya buka dari papan litar dan dileraikan.
Suis telah diselengara...
Suis seperti ini amat susah didapati di pasaran tempatan dan saya telah leraikannya serta betulkan bahagian pelarasnya supaya sentuhannya lebih baik dan tidak longgar.
Testing... (Lampu merah menyala)
Setelah berpuas hati dan memasang kembali suis ke papan litar serta diuji, masalah diatas telah diatasi dan ianya boleh digunakan semula.
Tested -ok
Klip video di bawah menunjukkan suisnya telah saya baiki dan lampu indikator berwarna merah kini menyala setelah suis ditekan.
Selamat mencuba...

Saturday 27 June 2020

Panasonic aircon remote control repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki alat kawalan jauh untuk penghawa dingin berjenama Panasonic dengan masalah skrin tidak menyala.
Panasonic
Apabila dibuka, benda pertama yang didapati rosak ialah skrin kelihatan berwarna hitam seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
'Reflector' skrin rosak...
Cara untuk membaiki dan menukar 'reflector' yang rosak pernah saya kongsikan dahulu dan anda boleh membacanya di sini.
Buka 'reflector' lama & tukar...
Setelah 'reflector' tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, skrinnya masih tidak menyala namun LED 'infra red' (IR) menyala apabila ditekan. Ini memberitahu saya bahawa alat kawalan jauh tersebut boleh digunakan namun skrinnya sahaja yang tidak menyala.
X2 = crystal oscillator...
Apabila diperiksa komponen pada papan litar satu per satu, akhirnya saya menemui satu komponen yang dilabel X2 iaitu sebiji 'crystal oscillator' atau juga dikenali sebagai 'quartz crystal' yang terputus salah satu terminalnya akibat berkarat dan telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.
Label pada papan litar...
Pada mulanya saya sambung kembali terminal yang putus di atas dan diuji, namun skrinnya masih juga tidak menyala.
Gantikan crystal oscillator dengan yang baru...
Jadi saya terpaksa menukar 'crystal oscillator' tersebut dengan yang baru seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Testing...
Alat kawalan jauh tersebut akhirnya kembali berfungsi setelah 'crystal oscillator' siap diganti serta diuji. Untuk pengetahuan semua, 'crystal oscillator' digunakan pada setiap jam quartz yang menggunakan bateri. Jika ianya rosak, jam quartz juga tidak akan berfungsi termasuk skrinnya juga tidak akan menyala.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Friday 26 June 2020

MEAN WELL NES-100-12 PSU repair

Sebelum ini saya pernah membaiki PSU (power supply unit) seperti ini tetapi jenama yang berbeza dan anda boleh membacanya di sini dan di sini.
MEAN WELL NES-100-12
PSU kali ini berjenama MEAN WELL, Model: NES-100-12 seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
Model: NES-100-12
Pemilik memberitahu saya ianya tidak dapat digunakan dan ketika saya mengujinya, ianya tidak berfungsi langsung termasuk lampu indikator berwarna hijau juga tidak menyala.
Setelah penutup dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa, komponen yang didapati rosak ialah seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
Keluarkan komponent yang rosak...
Setelah kesemua komponen yang rosak di atas saya gantikan dan diuji, PSU tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.
Testing...
PSU tersebut membekalkan 12vdc untuk kegunaan CCTV, lampu papan tanda atau apa-apa sahaja peralatan elektrik yang memerlukan bekalan 12vdc.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Thursday 25 June 2020

HONEYWELL S4965A series ignition controls repair

Sebelum ini saya pernah membaiki 'ignition controls' seperti ini kira-kira setahun yang lepas dan ianya masih boleh digunakan sehingga ke hari ini.
HONEYWELL S4965 series ignition controls

Pagi ini saya dirujuk lagi sebuah 'ignition controls' yang serupa dan pemilik hanya memberitahu saya ianya tidak boleh digunakan.

S4965

Walaupun setahun telah berlalu, saya masih ingat lagi apa yang rosak dahulu dan setelah dibuka serta diperiksa, kerosakkannya juga adalah sama iaitu tiada 'continuity' pada sebiji inductors yang berlabel L1 pada papan litar.

Setelah penutup dibuka...

Kedudukan inductors yang berlabel L1 telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah. Saya menemui ketiadaan 'continuity' inductors tersebut ketika masih pada papan litar dan belum dikeluarkan.

Keluarkan inductors yang rosak...

Ketika inductors tersebut saya buka, salah satu terminalnya telah tertanggal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Apabila saya periksa 'continuity' pada wayar tembaganya dengan menggunakan multimeter, ianya masih elok dan tidak putus.

Terminal penyambung putus...

Apa yang saya lakukan ialah pasang kembali terminal yang tertanggal ke kedudukan asal dan sambungkan wayar tembaga kembali ke terminal tersebut seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sambung kembali dan pateri dengan timah...

Setelah siap disambung dan diukur dengan menggunakan multimeter, bacaan rintangan pada gegelung inductors tersebut ialah 38Ω.

38Ω

Pada mulanya saya berhajat untuk menukar inductors tersebut dengan yang baharu namun saya tidak mengetahui nilai serta speksifikasi inductors tersebut.

Pasang kembali ke papan litar...

Oleh yang demikian saya terpaksa membaikinya dan setelah dipasang kembali ke papan litar dan diukur dengan menggunakan multimeter, bacaannya juga masih 38Ω seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Tested - ok

Untuk makluman semua, 'ignition controls' tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

Wednesday 24 June 2020

DS830NA Astro NJOI decoder repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah dekoder Astro NJOI dengan masalah biasa iaitu tidak boleh dihidupkan.
Dekoder astro NJOI
Seperti biasa saya buka dan periksa serta gantikan komponen yang didapati rosak. Anda boleh membaca semua artikel berkaitan dengan dekoder astro yang pernah saya baiki di sini.
standby...
Hampir kesemua punca kerosakkan adalah sama dan jika saya ulang artikel yang sama sudah tentu ianya amat membosakan anda.
switch on...
Hari ini saya kongsikan satu dekoder astro NJOI yang telah lama rosak dan setelah saya baiki dan diuji, kejadian yang berlaku ialah hanya satu channel sahaja yang ada suara tetapi tiada video (gambar) seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Ada suara tapi takda video (gambar)...
Channel yang saya maksudkan ialah C601. Apabila saya padamkan dekoder dan cuba semula, ianya terus menjalani proses 'Software update' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Software Update...
Setelah selesai proses 'software update' ianya kembali semula ke skrin asal channel C601 dan masih sama iaitu ada suara tetapi tiada video seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
masih ada suara tetapi tiada video...
Ini adalah disebabkan jika anda telah lama tidak menonton astro NJOI anda, pihak astro akan menghentikan siaran kepada anda dan apa yang harus anda lakukan ialah menghubungi mereka untuk penyambungan siaran semula dengan percuma.
Jadi, jika anda baru memasang dekoder astro dan belum menerima siaran ataupun telah lama tidak menonton astro, cara untuk memastikan dekoder anda masih elok ialah pilih channel C601. Jika ada suara dan tiada video, maksudnya pemasangan adalah elok dan belum diaktifkan oleh pihak astro.
Hubungi pihak astro untuk terus menonton jika mengalami masalah seperti di atas.

Selamat menonton.

Tuesday 23 June 2020

T5 14W 6500K LED lighting repair

Lampu T5 seperti ini pernah saya baiki serta kongsikan sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
14W, 3000K
Masalah lampu T5 ini ialah berkelip-kelip jika dihidupkan dan setelah dibuka serta diperiksa, masalahnya hampir sama dengan yang pernah saya baiki sebelum ini iaitu kerosakkan LED driver atau juga dikenali sebagai PSU (power supply unit).
6.8uF, 400v bocor...
Kerosakkan kali ini ialah kapasitor utama telah bocor seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
Kapasitor bocor...
Nilai kapasitor utama yang digunakan ialah 6.8uF, 400v.
Testing...
Setelah kapasitor utama tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, masalah lampu berkelip-kelip tiada lagi dan masih boleh digunakan.
Tested - ok
Selamat mencuba...