Saturday 4 May 2019

ProSMK S-120-12 SMPS repair


Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki sebuah SMPS berjenama ProSMK, Model: S-120-12. Masalahnya ketika dirujuk kepada saya ialah voltan output kurang dari 12V (bacaan dalam 5v - 7v sahaja) dan lampu indikator berkelip-kelip seperti boleh dilihat pada klip video di atas.

Jenama: ProSMK

Saya telah banyak membaiki SMPS tetapi yang ini agak unik berbanding dengan yang sebelum ini. Biasanya SMPS yang bermasalah tidak ada output tetapi yang ini ada output, cuma bacaan voltan kurang dari sepatutnya.

Model: S-120-12

Setelah dibuka dan diperiksa kesemua komponen di dalamnya, saya cuma menjumpai 2 biji kapasitor yang di lable dengan nombor '104' iaitu bermaksud 0.1uF.


Apabila diukur kapasitor tersebut, bacaannya cuma 0.06uF dan jauh berkurangan berbanding dengan yang diperlukan iaitu 0.1uF.

Kapasitor lama cuma 0.06uF sahaja

Setelah kedua-dua kapasitor tersebut ditukar dan diuji, masalah voltan yang rendah telah diselesaikan.

Kapasitor baru - 0.121uF
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.