Baru-baru ini saya ada membeli 'potentiometer' dengan nilai 500kΩ di atas talian pada laman shopee.
500kΩ |
Setelah menerima barangan yang dibeli, saya terus mengemaskini pada aplikasi shopee yang barangan telah selamat diterima.
502 = 5000Ω = 5kΩ |
Apabila saya memeriksa barangan yang diterima menggunakan multimeter, saya dapati ianya bukan 'potentiometer' yang saya perlukan iaitu 500kΩ sebaliknya yang dikirim ialah 5kΩ sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
5kΩ |
Saya membuat aduan kepada penjual dan pada mulanya pesanan ringkas saya kepada mereka dijawab namun setelah saya memohon supaya mereka menghantar semula spesifikasi komponen yang saya tempah, ianya sepi dan tidak berjawab selepas itu.
Saya nak gantikan potentiometer 470kΩ dengan 500kΩ... |
Jika anda menghadapi situasi sebegini, jangan panik. Anda masih boleh membuat aduan kepada pihak shopee. Biasanya penjual tidak akan melayan kita lagi sebab mereka telah menerima bayaran setelah kita mengemaskini pada aplikasi shopee yang barangan telah diterima.
1. Tekan 'Me'... |
Seterusnya saya membuat aduan kepada pihak shopee dan langkah-langkahnya ialah seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah melalui aplikasi pada telefon bimbit.
2. Pilih 'Help Center'... |
Setelah aduan dibuat, pihak shopee akan menghantar e-mail kepada kita meminta gambar sebagai bukti untuk siasatan mereka. Dalam masa yang sama mereka juga meminta nombor akaun bank untuk mengembalikan bayaran.
3. Pilih 'E-mail'... |
Keputusan akhir pihak shopee biasanya ialah mengembalikan bayaran penuh (full refund) jika melibatkan kos yang sedikit/rendah dan jika melibatkan kos yang tinggi, mereka biasanya menyuruh kita mengembalikan barangan yang telah tersalah hantar dan menghantar semula barangan yang sepatutnya.
4. Isi borang... |
Selamat menuntut hak anda...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.