Hujung bulan lepas saya dirujuk sebuah dekoder astro model DMT880 dengan masalah lazim iaitu indikator tidak menyala setelah dibekalkan arus elektrik.
Astro NJOI - DMT880 |
Menurut pemilik, ketika kali terakhir diuji, ianya boleh dihidupkan namun padam sebelum boleh menonton siaran.
Model: DMT880 |
Ketika dirujuk kepada saya, ianya langsung tidak dapat dihidupkan dan indikatornya langsung tidak menyala.
Ini merupakan julung kali saya dirujuk dekoder model DMT880 dan sekali pandang bahagian luarannya serupa dengan model DS830NA namun ada sedikit perbezaan pada bahagian belakangnya. Salah satu skru ditutup menggunakan plastik yang bertindak sebagai 'warranty seal' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
warranty seal... |
'Warranty seal' tersebut harus di buka dan akan pecah setelah dibuka serta tidak dapat di pasang kembali semula.
Komponen yang rosak... |
Gambar di atas merupakan keadaan di dalamnya setelah penutup dibuka dan rekabentuk papan litar juga berbeza dengan model DS830A. Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar mendapati 3 biji kapasitor yang telah saya tandakan pada gambar di atas rosak dan harus diganti.
Testing... |
Nilai ketiga-tiga kapasitor tersebut ialah:-
- sebiji 220uF, 35V
- dua biji 100uF, 35V
Setelah ketiga-tiga kapasitor tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, dekoder astro tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.
Ketika diuji, indikator akan mengeluarkan perkataan 'boot' dan seterusnya dua lampu merah akan menyala serta diikuti dengan nyalaan satu lampu sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Dekoder lama ini jauh lebih tahan berbanding dengan dekoder baru yang lebih mudah rosak dan kadang-kadang tidak berjaya dibaiki. Chip prossesor juga tidak dilengkapi dengan 'heat sink' seperti boleh dilihat pada model DS830NA.
Tested - ok |
Selamat mencuba...
Hello, sy ingin bertanya secara terperinci mengenai decoder Njoi sy, model DMT880, tiada paparan di TV dan decoder tiada paparan nombor/jam walaupn dlm keadaan standby.. boleh sy dptkan nombor whatsapp tuan utk masalah ni, atau boleh whatsapp sy 0168055849..
ReplyDeleteJika boleh dihidupkan dan tiada paparan nombor/jam, itu masalah tiada signal. Sila rujuk kepada pautan di bawah. Terima kasih.
Deletehttp://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2021/03/dekoder-astro-tak-keluar-jam.html
Tuan..dekoder saya tak dapat voltage 5v di dua capacitor dan saya dah tukar capacitor tersebut masih tidak dapat baccan 5v..begitu jugak dengan voltage 19v hanya dapat 12v..saya dah ganti capacitor..tapi baccan voltage masih sama 12v..apa lagi yang perlu saya check tuan..
ReplyDelete