Tuesday, 27 April 2021

ACER V196HQL 18.5" LED monitor repair

Beberapa minggu yang lepas saya dirujuk sebuah monitor jenis LED berjenama ACER, Model: V19HQL dengan masalah kadang-kadang tidak dapat dihidupkan.

ACER V19HQL monitor

Sebelum dibuka untuk pemeriksaan, saya sempat mengujinya dan ianya boleh dihidupkan namun pemilik memberitahu saya kebelakangan ini ianya semakin kerap tidak dapat dihidupkan.

Model: V196HQL

Masalah sedemikina biasanya adalah disebabkan komponen terutamanya kapasitor yang perlu diganti sebab nilainya telah berkurangan dan tidak membekalkan arus elektrik yang mencukupi untuk kegunaan peralatan elektrik.

Setelah penutup belakang dibuka...

Gambar di bawah menunjukkan papan litar yang ada pada monitor tersebut setelah dibuka dan papan litar sebelah kanan ialah PSU (power supply unit).

Buka PSU...

Pemeriksaan pada papan litar PSU dengan mata kasar tidak menemui sebarang kerosakkan namun setelah diperiksa menggunakan multimeter, komponen yang perlu ditukar telah saya tandakan pada gambar di bawah.

PSU...
Komponen yang diganti ialah:-
  1. sebiji 47uF, 25v
  2. sebiji 47uF, 50v
  3. sebiji kapasitor 1500uF, 10v
Komponen yang rosak...

Sesuatu yang jarang ditemui namun kadang-kadang terjadi ialah nilai kapasitor 1500uF ketika saya ukur menggunakan multimeter ialah 2258uF seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

1500uF tapi bacaan 2258uF...

Biasanya nilai kapasitor akan berkurangan setelah sekian lama digunakan namun jika ada yang nilainya terlebih tinggi dari sepatutunya, ianya juga harus diganti. Majoriti papan litar kini menggunakan 'PWM controller IC' pada PSU dan sangat sensitif sehingga boleh menyebabkan PSU gagal berfungsi.

Tested - ok

Sehingga blog ini ditulis, monitor ini telah dikembalikan kepada pemilik dan setakat hari ini tiada masalah gagal dihidupkan dilaporkan.

Selamat mencuba...

2 comments:

  1. Hiii..sy punya monitor gambar double...apa masalahnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak kemungkinan. Cuba ingat balik ada install apa-apa software sebelum kejadian double image? Jika ada mungkin masalah software. Boleh cuba pindah monitor ke komputer lain untuk pengesahan.

      Jika masalah masih sama, kemungkinan display card pada monitorrosak.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.