Sunday, 11 April 2021

Troubleshooting heating element faulty on electric Kettle

Banyak cerek elektrik pernah serta telah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Cerek JVD Duchesse SS866914

Hari ini saya kongsikan cara memeriksa elemen pemanas (heating element) yang rosak serta boleh menyebabkan litar pintas sehingga menyebabkan suis utama di rumah padam.

Elemen pemanas putus...

Untuk memeriksa elemen pemanas, anda perlu buka cerek sehingga bahagian elemen pemanas kelihatan seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Apa yang anda perlukan untuk memeriksa ialah multimeter dan laraskan ke bahagian ohm (Ω). Sentuh kedua-dua terminal ke element pemanas seperti gambar di atas.

Jika multimeter tidak menunjukkan sebarang bacaan, bermaksud element pemanas telah putus serta rosak.

Litar pintas...

Seterusnya anda juga perlu memeriksa 'continuity' di antara element pemanas kepada chasis cerek seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Cerek yang elok tidak seharusnya mempunyai sebarang bacaan pada multimeter. Jika ada bacaan bermaksud ada 'continuity' dan litar pintas berlaku.

Gambar di atas menunjukkan salah satu terminal elemen pemanas mempunyai 'continuity' yang menjadi punca litar pintas dan menyebabkan suis utama rumah padam.

Tiada litar pintas...

Keterangan lebih jelas boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.