Thursday, 8 April 2021

Mungkin akan dikuarantin lagi

Semalam ketika melawati laman FB Sarawak Disaster Information, saya dapati kedai makan yang saya lawati setiap hari ada kes positif hadir pada 30/3/2021, pukul 12:30pm sehingga 1:00pm.

30/03/2021 @ 12:30pm to 1:00pm

Apabila saya periksa rekod mysejahtera, saya ada melawati kedai makan tersebut pada hari sama sebelah petang pada pukul 6:18pm yang juga merupakan kali terakhir melawati kedai tersebut.

Apabila saya melawati laman FB kedai tersebut, mereka ada memberitahu salah seorang pekerjanya positif CoVid-19 pada 02/04/2021 dan ditutup sehingga diberitahu kelak seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Sehingga pagi ini, tiada apa-apa masalah kesihatan saya hadapi dan menunggu untuk dipanggil atau disuruh membuat pemeriksaan (jika ada).

30/03/2021 @ 12:30pm to 1:00pm

Sebelum ini saya pernah dikuarantin selama dua minggu pada bulan lepas. Kedua-dua ujian calitan saya negatif dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

30/03/2021 @ 18:18:00hrs

Semoga tidak dijangkiti CoVid-19 sehingga menerima vaksin yang tidak kunjung tiba walaupun telah mendaftar pada 24/02/2021.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.