Sunday 28 February 2021

Unknown car power ampifier repair

Baru-baru ini saya dirujuk sekeping papan litar untuk amplifier kereta yang tidak diketahui jenamanya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Papan litar sahaja...

Pemilik telah membukanya untuk cuba DIY namun tidak berjaya dan masalahnya ialah langsung tidak berfungsi setelah arus elektrik dibekalkan. Saya biasanya tidak berminat membaiki barangan elektrik/elektronik yang telah dibuka sebab kita tidak tahu apa yang telah mereka telah buat ke atasnya.

R40 = 100kΩ (brown, black, orange)

Amplifier kini amat canggih dan jika ada masalah, lampu merah akan menyala (protection mode) serta tidak akan berfungsi lagi. Tujuannya ialah untuk mengelak kerosakkan yang lebih teruk daripada berlaku.

R44 = 22Ω (red, red, brown)

Oleh kerana pemilik memberitahu saya bahawa dia tidak melakukan apa-apa selain cuma membukanya sahaja, maka saya terbuka hati untuk cuba membaiki.

R36 = 2.2Ω (red, red, gold)

Pemeriksaan menyeluruh hanya mendapati 3 biji perintang berkarat dan putus seperti telah saya tandakan dan boleh dilihat pada gambar-gambar di atas dengan label R40, R44 & R36 pada papan litar.

Testing... (red light)

Setelah ketiga-tiga perintang di atas saya gantikan dengan yang baru dan diuji, kini lampu merah menyala ketika mula dihidupkan dan bertukar kepada hijau tidak lama selepas itu.

Tested - ok (green light)

Kerosakkan seperti di atas sering berlaku pada amplifier kereta sebab biasanya disimpan di bahagian bonet bersama speaker woofer.


Bonet kereta biasanya akan bocor akibat dentuman kuat woofer dan keadaan lembab menyebabkan komponen bekarat.


Pencarian di atas talian mendapati jenama amplifier tersebut ialah VSA dan ianya ialah amplifier mono block kelas D, 1500w.


Selamat mencuba...

Saturday 27 February 2021

SHURE BLX2 M17 wireless microphone repair

Baru-baru ini saya dirujuk satu mikrofon berjenama SHURE, model: BLX2 M17 dengan masalah boleh dihidupkan namun ianya akan padam dengan sendiri tidak lama selepas itu.

Jenama: SHURE

Mikrofon ini adalah jenis tanpa wayar (wireless) dan menggunakan dua biji bateri jenis AA.

Model: BLX2 M17

Memandangkan ini merupakan julung kali dirujuk mikrofon untuk di baiki, saya terpaksa buka untuk memeriksa serta mencari punca kerosakkannya.

Buka penutup beteri...

Gambar-gambar di atas dan di bawah menunjukkan langkah-langkah perlu dilakukan untuk membuka sehingga papan litar kelihatan.

Buka penutup belakang...

Buka bahagian hadapan...

Buka skru dan keluarkan papan litar...

Setelah papan litar telah dikeluarkan dan diperiksa, tiada komponen yang rosak ditemui dan saya cuma menemui penyambung bateri ke papan litar berkarat (teroksida) akibat dari cecair bateri yang bocor sebelumnya dan boleh dilihat pada gambar di bawah.

Terminal bateri teroksida...

Apa yang saya lakukan ialah bersihkan penyambung bateri tersebut sehingga bersih seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Bersihkan guna 'contact' cleaner dan jika teroksida teruk, gosok guna kertas pasir.

Dah bersih...

Percaya atau tidak, masalah padam sendiri selesai hanya dengan membersihkan terminal penyambung bateri ke papan litar sahaja seperti telah saya tunjukkan di atas.

Testing...

Selamat mencuba...

Friday 26 February 2021

Kad Astro Rosak (S2)

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah decoder astro model: SMT-S5041/AST untuk pakej njoi dengan masalah tiada siaran dan meminta memasukkan kad astro sedangkan kad tidak dikeluarkan.

SMT-S5041/AST

Gambar di bawah menunjukkan mesej yang tertera pada skrin TV iaitu "Please insert the correct Astro Smart Card with the arrow facing up (S2)" ketika saya uji decoder tersebut.

(S2)

Seperti biasa saya akan keluarkan kad dan bersihkan chip dengan menggunakan pemadam untuk diuji semula.

Tekan 'home', pilih setting...

Jika masalah masih sama, guna alat kawalan jauh tekan 'home', pilih 'setting', pilih 'STB Diagnostics' dan lihat bahagian 'Smart Card No:'.

Pilih 'STB Diagnostics'...

Jika tiada nombor kad seperti boleh dilihat pada gambar di bawah, kebarangkalian tinggi kad anda rosak dan perlu di ganti.

Smart Card No: 0000 0000 0000

Seterusnya, ketika di dalam 'STB Diagnostics' anda tekan butang merah pada alat kawalan jauh untuk 'reboot' decoder anda.

Tekan butang merah pada alat kawalan jauh untuk reboot...

Selepas proses 'reboot' selesai, masuk semula ke 'STB Diagnostics' dan semak 'smart card no:', jika masih tiada atau 0000 0000 0000, sah kad anda telah rosak.

Smart Card No: masih juga 0000 0000 0000

Apa yang anda perlu lakukan ialah bawa decoder serta kad ke cawangan astro untuk memohon kad yang baru. 


Kos menukar kad baru ialah RM53.00 dan hanya pemegang akaun (account holder) sahaja boleh memohon untuk menggantikan kad yang baru.

Cuba masukkan kad lain...

Untuk memastikan 'card reader' pada decoder anda tidak rosak, anda boleh pinjam kad jiran/kawan dan periksa 'smart card no:' pada 'STB Diagnostics'. Gambar di atas menunjukkan 'smart card no:' apabila saya masukkan kad lain dan seterusnya mengesahkan decoder tidak rosak.

(S32) - bukan kad asal...

Untuk pengetahuan semua, anda tidak boleh menonton astro menggunakan kad lain selain kad asal. Anda akan dapat skrin seperti di atas jika memasukkan kad lain dan kodnya ialah (S32).

Hanya pemilik sahaja boleh memohon kad baru...

Selamat mencuba...

Thursday 25 February 2021

Program Imunisasi CoVid-19 Kebangsaan (PICK)

Semalam, 24/02/2021, program imunisasi CoVid-19 kebangsaan (PICK) telah dilancarkan oleh perdana menteri dan beliau merupakan penerima pertama diikuti oleh pengarah kesihatan.

1. Masuk aplikasi mysejahtera dan pilih 'covid-19 vaccination'

Program imunisasi CoVid-19 kebangasaan boleh di daftar melalui aplikasi mysejahtera dan sangat mudah seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di atas dan di bawah yang telah saya lakukan.

2. Pilih 'vaccine for...'

Cara pendaftaran selain menggunakan aplikasi mysejahtera ialah:-

  1. menerusi laman sesawang www.vaksincovid.gov.my
  2. menghubungi talian hotline (akan dimaklumkan kemudian)
  3. pendaftaran di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta
  4. program bantuan (outreach) bagi kawasan luar bandar dan pedalaman
3. Pilih 'CLICK HERE'...

Maklumat temujanji seperti tarikh dan tempat vaksinasi akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera, panggilan telefon atau SMS.

4. Jawab kesemua soalan...

Semua individu yang berusia 18 tahun ke atas layak mendapat vaksin CoVid-19.

Namun begitu, beberapa kumpulan masyarakat memerlukan pertimbangan lanjut bagi penerimaan vaksinasi ini iaitu:

  • Individu dengan alahan teruk
  • Individu hamil dan ibu menyusu
  • Individu yang positif CoVid-19
  • Individu yang mempunyai masalah sistem imun
5. Soalan terakhir, lokasi anda...

Vaksin CoVid-19 akan diberikan secara percuma kepada semua penduduk Malaysia (warganegara dan bukan warganegara) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang telah dikenalpasti. 


'Lindung Diri, Lindung Semua' adalah tema utama bagi Program Imunisasi CoVid-19 kebangsaan yang menekankan bahawa perlindungan kepada semua rakyat Malaysia hanya akan dapat dicapai jika kita dapat memvaksin seramai penduduk yang layak.

Marilah kita sama-sama menjayakan program imunisasi CoVid-19 kebangsaan (PICK).


Wednesday 24 February 2021

Samsung 2433BW LCD monitor repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki sebuah 'monitor' berjenama samsung, Model: 2433BW dengan masalah langsung tidak berfungsi.

SAMSUNG 2433BW LCD monitor

Sebelum ini saya pernah membaiki 'monitor' seperti ini namun nombor model berbeza sedikit iaitu 2333SW dan anda boleh rujuk di sini.

Model: 2433BW

Ketika saya uji 'monitor' tersebut, lampu indikator yang berwarna biru juga tidak menyala.

Setelah penutup belakang dibuka...

Gambar di atas dan di bawah merupakan keadaan di dalamnya setelah penutup belakang dibuka. Hanya dua keping papan litar sahaja dan papan litar sebelah kanan pada gambar di bawah adalah PSU (power supply unit).

2 keping papan litar sahaja...

Saya buka PSU dahulu untuk diperiksa sebab ianya langsung tidak berfungsi dan bekalan elektrik adalah dari papan litar tersebut.

PSU - power supply unit

Setelah PSU saya periksa dengan mata kasar, kelihatan dua biji kapasitor dengan nilai 1000uF, 16v kembung dan harus diganti seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

2 biji kapasitor rosak telah diganti...

Sebelum saya memasang kembali PSU untuk diuji, saya sempat periksa mana-mana komponen yang berdekatan dan tiada komponen yang rosak lagi ditemui.

Testing, lampu biru dah menyala...

'Monitor' tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula dengan hanya menukar kedua-dua kapasitor sahaja seperti di atas.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Tuesday 23 February 2021

JOVEN SA10e water heater repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki 'water heater' berjenama JOVEN, model: SA10e dengan masalah 'tidak panas'. Sebelum ini saya pernah baiki 'water heater' seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

JOVEN SA10e

Seperti biasa, saya buka dan periksa 'water heater' tersebut namun berakhir dengan tidak menemui sebarang kerosakkan komponen.

Setelah penutup dibuka...

Seterusnya saya dapati yang tinggal cuma dua komponen di luar 'water heater' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah belum diperiksa.

ada penapis di dalamnya...

Pada tombol kedua-dua komponen tersebut tertera perkataan 'filter' dan saya terpanggil untuk membuka serta memeriksanya.

Buka skru...

Setelah dibuka, kelihatan ada bendasing berada di dalamnya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Tarik keluar penapis...

Gambar di bawah adalah bendasing yang telah saya keluarkan dari dalam penapis (filter) tersebut.

Entah apa yang tersumbat di dalam...

Selain daripada bendasing, kelihatan lubang-lubang penapis juga sumbat seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Lubang penapis sumbat...

Saya guna jarum halus untuk cucuk dan bersihkan lubang-lubang yang sumbat pada penapis dan gambar di bawah adalah penapis yang telah saya bersihkan.

Tak sumbat lagi...

Selepas penapis pertama siap dibersihkan, saya buka penapis yang satu lagi dan setelah dibuka, ianya juga sumbat seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Buka penutup penapis...

Setelah kedua-dua penapis tersebut saya bersihkan dan diuji, masalah tidak panas telah selesai dan 'water heater' tersebut kembali berfungsi semula.

Keluarkan penapis...

Anda boleh rujuk kepada klip video di bawah untuk keterangan lanjut cara-cara membuka kedua-dua penapis tersebut.

Selamat mencuba....