Thursday 4 February 2021

DH-16AASH DVD drive tray not open repair

Hari ini saya kongsikan cara-cara mengenalpasti, membuka serta menyelengara DVD-ROM model DH-16AASH.

DVD multi recorder

Masalah DVD-ROM ini ketika dirujuk kepada saya ialah tray penyimpan DVD tidak dapat dibuka seperti boleh dilihat pada klip video di bawah.

Ianya boleh dibuka setelah di 'reset'. Cara untuk 'reset' ialah dengan menggunakan klip dan cucuk ke lubang berdekatan dengan butang 'eject' pada CD-ROM seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.


Untuk pengetahuan semua, pastikan PC dipadam ketika membuat 'reset' untuk mengelak sebarang kerosakkan lain yang tidak diingini.

Model: DH-16AASH

Jika 'reset' tidak berjaya, anda terpaksa buka bahagian bawah DVD-ROM seperti boleh dilihat pada gambar di bawah untuk membukanya secara manual.

Setelah penutup belakang dibuka..

Cari gear/motor yang mengerakkan tray dan lakukan secara manual untuk membukanya. Lokasi untuk membuka tray secara manuai ialah seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Pusing gear ke kiri untuk buka...

Klip video di bawah menunjukkan cara untuk membuka tray secara manual iaitu dengan memusing gear mengikut arah lawan jam.

Selepas tray berjaya dibuka secara manual, anda boleh bersihkan dahulu tali sawat (belting) yang mengerakkan tray dengan menggunakan 'contact cleaner'.

Sembur 'contact cleaner' pada tali sawat...

Jika tray masih juga gagal dibuka setelah tali sawat dibersihkan dengan menekan butang 'eject', anda perlu tukar tali sawat tersebut sebab telah keras atau kendur.

Buka penutup atas...

Untuk mengeluarkan tali sawatnya, anda perlu buka penutup atas sehingga tali sawat kelihatan seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Tali sawat (belting) kendur...

Ketika membeli tali sawat yang baru, pastikan ketebalannya sama dan jika tali sawat yang asal telah kendur, beli tali sawat yang baru sedikit kecil diameternya.

Beli tali sawat baru...

Diameter tali sawat lama ialah 31mm dan saya beli 30mm sebab tali sawat lama telah kendur dan anda boleh lihat perbezaannya pada gambar di atas.

Tukat tali sawat baru...

Klip video di bawah saya rakam setelah tali sawat telah saya tukar dan diuji. Ianya telah berjaya dibaiki dan masih boleh digunakan semula.


Selamat mencuba...


 

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.