Thursday 25 February 2021

Program Imunisasi CoVid-19 Kebangsaan (PICK)

Semalam, 24/02/2021, program imunisasi CoVid-19 kebangsaan (PICK) telah dilancarkan oleh perdana menteri dan beliau merupakan penerima pertama diikuti oleh pengarah kesihatan.

1. Masuk aplikasi mysejahtera dan pilih 'covid-19 vaccination'

Program imunisasi CoVid-19 kebangasaan boleh di daftar melalui aplikasi mysejahtera dan sangat mudah seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di atas dan di bawah yang telah saya lakukan.

2. Pilih 'vaccine for...'

Cara pendaftaran selain menggunakan aplikasi mysejahtera ialah:-

  1. menerusi laman sesawang www.vaksincovid.gov.my
  2. menghubungi talian hotline (akan dimaklumkan kemudian)
  3. pendaftaran di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta
  4. program bantuan (outreach) bagi kawasan luar bandar dan pedalaman
3. Pilih 'CLICK HERE'...

Maklumat temujanji seperti tarikh dan tempat vaksinasi akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera, panggilan telefon atau SMS.

4. Jawab kesemua soalan...

Semua individu yang berusia 18 tahun ke atas layak mendapat vaksin CoVid-19.

Namun begitu, beberapa kumpulan masyarakat memerlukan pertimbangan lanjut bagi penerimaan vaksinasi ini iaitu:

  • Individu dengan alahan teruk
  • Individu hamil dan ibu menyusu
  • Individu yang positif CoVid-19
  • Individu yang mempunyai masalah sistem imun
5. Soalan terakhir, lokasi anda...

Vaksin CoVid-19 akan diberikan secara percuma kepada semua penduduk Malaysia (warganegara dan bukan warganegara) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang telah dikenalpasti. 


'Lindung Diri, Lindung Semua' adalah tema utama bagi Program Imunisasi CoVid-19 kebangsaan yang menekankan bahawa perlindungan kepada semua rakyat Malaysia hanya akan dapat dicapai jika kita dapat memvaksin seramai penduduk yang layak.

Marilah kita sama-sama menjayakan program imunisasi CoVid-19 kebangsaan (PICK).


No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.