Sunday 28 February 2021

Unknown car power ampifier repair

Baru-baru ini saya dirujuk sekeping papan litar untuk amplifier kereta yang tidak diketahui jenamanya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Papan litar sahaja...

Pemilik telah membukanya untuk cuba DIY namun tidak berjaya dan masalahnya ialah langsung tidak berfungsi setelah arus elektrik dibekalkan. Saya biasanya tidak berminat membaiki barangan elektrik/elektronik yang telah dibuka sebab kita tidak tahu apa yang telah mereka telah buat ke atasnya.

R40 = 100kΩ (brown, black, orange)

Amplifier kini amat canggih dan jika ada masalah, lampu merah akan menyala (protection mode) serta tidak akan berfungsi lagi. Tujuannya ialah untuk mengelak kerosakkan yang lebih teruk daripada berlaku.

R44 = 22Ω (red, red, brown)

Oleh kerana pemilik memberitahu saya bahawa dia tidak melakukan apa-apa selain cuma membukanya sahaja, maka saya terbuka hati untuk cuba membaiki.

R36 = 2.2Ω (red, red, gold)

Pemeriksaan menyeluruh hanya mendapati 3 biji perintang berkarat dan putus seperti telah saya tandakan dan boleh dilihat pada gambar-gambar di atas dengan label R40, R44 & R36 pada papan litar.

Testing... (red light)

Setelah ketiga-tiga perintang di atas saya gantikan dengan yang baru dan diuji, kini lampu merah menyala ketika mula dihidupkan dan bertukar kepada hijau tidak lama selepas itu.

Tested - ok (green light)

Kerosakkan seperti di atas sering berlaku pada amplifier kereta sebab biasanya disimpan di bahagian bonet bersama speaker woofer.


Bonet kereta biasanya akan bocor akibat dentuman kuat woofer dan keadaan lembab menyebabkan komponen bekarat.


Pencarian di atas talian mendapati jenama amplifier tersebut ialah VSA dan ianya ialah amplifier mono block kelas D, 1500w.


Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.