Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki sebuah 'monitor' berjenama samsung, Model: 2433BW dengan masalah langsung tidak berfungsi.
SAMSUNG 2433BW LCD monitor |
Sebelum ini saya pernah membaiki 'monitor' seperti ini namun nombor model berbeza sedikit iaitu 2333SW dan anda boleh rujuk di sini.
Model: 2433BW |
Ketika saya uji 'monitor' tersebut, lampu indikator yang berwarna biru juga tidak menyala.
Setelah penutup belakang dibuka... |
Gambar di atas dan di bawah merupakan keadaan di dalamnya setelah penutup belakang dibuka. Hanya dua keping papan litar sahaja dan papan litar sebelah kanan pada gambar di bawah adalah PSU (power supply unit).
2 keping papan litar sahaja... |
Saya buka PSU dahulu untuk diperiksa sebab ianya langsung tidak berfungsi dan bekalan elektrik adalah dari papan litar tersebut.
PSU - power supply unit |
Setelah PSU saya periksa dengan mata kasar, kelihatan dua biji kapasitor dengan nilai 1000uF, 16v kembung dan harus diganti seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
2 biji kapasitor rosak telah diganti... |
Sebelum saya memasang kembali PSU untuk diuji, saya sempat periksa mana-mana komponen yang berdekatan dan tiada komponen yang rosak lagi ditemui.
Testing, lampu biru dah menyala... |
'Monitor' tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula dengan hanya menukar kedua-dua kapasitor sahaja seperti di atas.
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.