Wednesday, 3 February 2021

LG 32CS450 LCD TV repair

Semalam saya dirujuk sebuah TV berjenama LG, Model: 32CS450 dengan masalah akan padam sendiri setelah kira-kira 15 minit dinyalakan dan bertambah kerap selepas itu.

Jenama: LG

Menurut pemilik, TV ini telah berusia kira-kira 8 tahun dan belum pernah bermasalah sebelum ini.

Model: 32CS450

Gambar di bawah menunjukkan keadaan di dalamnya setelah penutup belakang dibuka dan kelihatan berhabuk serta dengan sarang labah-labah di bahagian bawahnya.

Setelah penutup belakang dibuka...

Sebelum dibuka, saya teka masalahnya ialah kerosakkan pada kapasitor yang kembung dan harus diganti namun setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, tiada sebiji pun kapasitor yang kembung dan rosak.

Cold solder joint...

Pemeriksaan dengan teliti pada PSU (power supply unit) mendapati banyak 'cold solder joint' dan gambar di atas menunjukkan salah satu 'cold solder joint' yang paling jelas dapat saya ambil menggunakan kamera telefon bimbit.

Sebelum ini saya pernah membaiki beberapa TV berjenama LG dengan masalah 'cold solder joint' dan anda boleh rujuk di sini, sini dan sini.

Baiki 'cold solder joint'...

Cara membaiki 'cold solder joint' ialah dengan membuang pateri lama dan pateri semula supaya nampak kemas. Anda juga boleh membaikinya dengan mempateri semula sahaja bahagian yang mengalami 'cold solder joint' tanpa membuang pateri lama.

Siap...

Setelah kesemua 'cold solder joint' yang ada telah saya pateri dan diuji, masalah skrin padam dengan sendiri lenyap dan telah berjaya diselamatkan. TV tersebut saya uji beberapa jam sebelum di ambil oleh pemilik.

Tested - ok

Jika anda tidak arif atau tidak pasti bagaimana rupa 'cold solder joint', anda boleh buat pateri semula kesemua komponen yang ada pada papan litar. 

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.