Sunday 14 February 2021

SHARP R207EK microwave repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah ketuhar gelombang mikro (microwave) berjenama SHARP, model: R207EK dengan masalah menghasilkan percikan api apabila butang 'start' ditekan.

Jenama: SHARP

Masalah microwave menghasilkan percikan api seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

R207EK

Berdasarkan pengalaman lepas, kerosakkannya ialah pada kepingan 'mica wave guide' serta 'magnetron cap'.

Mica wave guide rosak
Mica waveguide rosak...

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_cryptoic

Komponen pertama yang ditemui rosak ialah 'mica wave guide' seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan gambar di bawah menunjukkan 'mica wave guide' telah saya gantikan dengan yang baru.

Gantikan mica wave guide yang baru...

Seterusnya saya buka magnetron dan mendapati penutupnya (magnetron cap) telah lebur sebahagian seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Magnetron cap rosak...

'Magnetron cap' ini biasanya akan rosak bersama-sama dengan 'mica wave guide' sebab percikan api berpunca dari situ dan hanya kelihatan pada 'mica wave guide' sahaja oleh pengguna.

Buka magnetron cap yang rosak...

Bagi mengelak kerosakkan 'magnetron cap', pengguna harus berhenti menggunakan microwave serta merta jika terlihat ada percikan api terhasil pada microwave.

Gantikan 'magnetron cap' yang baru...

Sebelum menukarkkan 'magnetron cap' dengan yang baru, pastikan magnetron tidak rosak dan anda boleh rujuk di sini untuk langkah-langkah pemeriksaan.

Komponen rosak yang telah diganti...

Microwave ini telah berjaya diselamatkan setelah kedua-dua komponen yang rosak seperti boleh dilihat pada gambar di atas telah saya gantikan dengan yang baru.

Testing...

Tips untuk menjaga 'mica wave guide' supaya tidak mudah rosak ialah bersihkan bahagian dalaman microwave setelah setiap kali digunakan dengan kadar segera. Makanan yang melekat padanya jika tidak dibersihkan adalah punca utama 'mica wave guide' rosak.


Selamat mencuba...

8 comments:

  1. Tuan, jika bahagian dalam dekat tempat letak mica wave guide tu berkarat, bolehkah kita cat semula mengunakan cat spray yang bewarna putih yang biasa. Atau ada special spray paint.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Cat asal dari kilang ialah 'powder coating'.

      Delete
  2. Tuan, kalau HV fius putus nak ganti yg mana sebab saya dah cek HV capacitor, magnetron dan transformer elok je..boleh bagi sikit tips yang saya mungkin terlepas pandang...tkasih tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkisa semua komponen HV (high voltage) - hv fuse, hv capacitor, hv diode, hv transformer & magnetron.

      Delete
  3. Tuan,saya ada microwave sharp r207ek..tapi touch panel ada yg xboleh tekan..location ni dekat mana ye

    ReplyDelete
  4. Tuan, sy punya R207EK terus tak boleh on. Ade suggestion mcm mane nak cek ? Sy cek power semua takde masalah. Main control board ke problem ? Sebelum ni timer ade tak betul skit. Tiba2 off macam tu. Mintak bantuan nye tuan. Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena periksa baru tahu apa masalahnya. Mungkin masalah pada suis timer atau control board.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.