Baru-baru ini saya dirujuk beberapa buah projektor berjenama Panasonic, Model: PT-VX600 dengan masalah layarnya kabur atau tidak jelas.
Jenama: Panasonic |
Untuk pengetahuan semua, semua projektor akan berakhir dengan masalah layar kabur/tidak jelas dan ada yang berwarna-warni serta kekuning-kuningan.
Model: PT-VX600 |
Pada mulanya saya cuma dapati kanta di bahagian hadapan telah rosak seperti tompok putih yang boleh dilihat pada gambar di bawah.
Kanta depan rosak... |
Tompok putih tersebut adalah disebabkan panas melampau dan ianya tidak dapat dibaiki melainkan menggantikan kantanya dengan yang baru.
Diperbuat daripada plastik... |
Selain daripada kerosakkan fizikal yang boleh dilihat dengan mata kasar, masalah layar yang kabur/tidak jelas atau berwarna kekuningan adalah disebabkan oleh kulat (fungus) melekat pada kanta zoom di dalamnya.
Kanta telah berkulat... |
Anda hanya boleh melihatnya dengan jelas setelah projektor dihidupkan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
kanta berkulat... |
Tompok-tompok putih pada skrin bukannya habuk tetapi adalah kulat yang melekat pada kanta dan jelas kelihatan apabila di suluh dengan cahaya.
Kanta berkulat... |
Kulat tersebut juga mempunyai warna yang tersendiri. Skrin kekuningan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah adalah disebabkan warna kulat yang melekat pada kanta.
Kanta berkulat... |
Sekiranya kanta tidak berkulat, layarnya adalah jelas seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Anda boleh lihat sendiri perbezaannya dengan membandingkan gambar di bawah dan di atas.
Kanta yang bersih... |
Ramai yang berpendapat layar projektor yang kabur adalah disebabkan lampu projektor rosak namun apabila lampu projektor digantikan dengan yang baru, masalahnya masih tetep sama.
Ada pula yang beranggapan ianya adalah masalah elektronik yang berkatitan dengan RGB (red, green, blue) seperti pada TV CRT suatu ketika dahulu.
Masalah kanta berkulat sedemikian hanya boleh selesai jika anda boleh bersihkan kantanya. Kerja sedemikian biasanya boleh dilakukan oleh mereka yang pakar membuat servis kanta kamera DSLR. Itu pun jika mereka ada membuat perkhidmatan untuk servis zoom projektor.
Ini merupakan penemuan terbaru saya dan jika anda ada projektor dengan masalah di atas, cari pakar membersihkan kanta zoom dan bukan hantar ke kedai elektronik/elektrik untuk dibaiki.
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.