Thursday, 11 February 2021

How to test TRIAC

Baru-baru ini, pengunjung blog saya ada bertanyakan cara bagaimana memeriksa TRIAC pada 'water heater'. Untuk makluman semua, selama saya membuat kerja-kerja membaiki 'water heater', saya belum pernah menemui TRIAC yang rosak dan harus diganti. Ini tidak bermaksud TRIAC pada 'water heater' tidak akan rosak.

simbol TRIAC

Sebelum memeriksa TRIAC, anda harus tahu ketiga-tiga terminalnya seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah. Secara umumnya, terminal tengah ialah gate (G) dan terminal kiri & kanan adalah MT1 (main terminal 1) dan MT2 (main terminal 2).

TRIAC

Cara memeriksanya ialah seperti berikut:-

  1. Periksa continuity di antara MT1 dan gate serta MT2 dan gate. Kedua-duanya seharusnya tidak mempunyai sebarang bacaan atau infiniti. Jika ada sebarang bacaan, TRIAC tersebut rosak.
  2. Periksa rintangan di antara MT1 & MT2. Bacaan rintangan ialah di antara 10Ω sehingga 200Ω. Jika tiada bacaan langsung atau 0Ω, TRIAC tersebut rosak.
  3. Uji fungsi TRIAC dengan sambungkan terminal negatif multimeter ke gate (G) dan terminal positif ke MT1/MT2. Buat pintasan pada terminal yang tidak disambung kepada multimeter dengan gate (G) dan multimeter akan menunjukkan bacaan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah. Ulangi pada kedua-dua terminalnya dan sekiranya salah satu atau kedua-duanya gagal menunjukkan bacaan pada multimeter, TRIAC tersebut rosak.

Untuk makluman semua, cara pemeriksaan ke-3 di atas hanya boleh dlakukan dengan menggunakan multimeter analog sahaja.


Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.