Thursday 18 June 2009

Tiong Ling Ting - 張玲珍

Ini lah mendiang ibu saya. Nama penuh, Tiong Ling Ting (珍). Tarikh lahir yang tertera pada kad pengenalan ibu ialah pada 29/05/1949. Namun saya yakin itu bukan tarikh lahir sebenar ibu sebab sejak zaman kanak-kanak lagi saya diberitahu bahawa ibu dilahirkan pada tahun tikus mengikut zodiak cina. Oleh itu ibu dilahirkan pada tahun 1948 dan bukannya 1949 seperti yang tertera pada kad pengenalan.

Begitu juga dengan tarikh lahir ibu, setahu saya zaman datuk dan nenek saya dulu-dulu semua menggunakan kalender lunar. Ini bermakna tarikh 29 May yang tertera pada kad pengenalan ialah tarikh mengikut kalender lunar. Dengan yang demikian tarikh lahir ibu ialah pada 5 Julai 1948 dan bukannya 29 May 1949.

1948 = 179 hari
Tahun lompat = 5490 hari (15 x 366)
Bukan tahun lompat = 16,425 hari (45 x 365)
2009 = 169 hari

Ibu meninggalkan kami pada 18/06/2009 dan telah hidup selama 22,263 hari (61 tahun) di dunia ini...

Saya berstatus anak yatim piatu setelah ayah meninggal dunia pada 23/04/2023.