Showing posts with label Potentiometer. Show all posts
Showing posts with label Potentiometer. Show all posts

Wednesday, 21 April 2021

SHARP EC-HC20-R vacuum cleaner repair

Penyedut hampagas (vacuum cleaner) berjenama SHARP, model: EC-HC2-R ini telah lama dirujuk kepada saya dengan masalah bila kelajuannya dilaras, motor bergerak terlalu perlahan atau kadang-kadang terus padam.

Jenama: SHARP

Tidak semua penyedut hampagas dilengkapi dengan pelaras kelajuan dan ini merupakan kali pertama saya dirujuk dengan masalah sedemikian.

Model: EC-HC20-R

Perbezaannya dengan penyedut hampagas biasa ialah pertambahan pelaras kelajuan dan ianya dilengkapi dengan papan litar serta komponen untuk mengawal kelajuan.

Buka penutup atas...

Gambar di bawah menunjukkan dua papan litar yang kelihatan setelah penutupnya saya buka untuk kerja-kerja pemeriksaan.

Setelah penutup dibuka...

Pemeriksaan awal dengan mata kasar tidak menemui sebarang komponen pada papan litar yang rosak selain sedikit berhabuk.

Papan litar pelaras kelajuan...

Seterusnya saya periksa menggunakan multimeter dan mendapati potentiometer yang berlabel 470kΩ seperti boleh dilihat pada gambar di bawah bermasalah.

Potentiometer 470kΩ rosak...

Masalah ketika diperiksa dengan menggunakan multimeter ialah kadang-kadang tiada bacaan rintangan apabila dilaras.

Potentiometer baru...

Pada mulanya saya tidak menemui alat ganti yang sama dan membeli potentiometer 500kΩ namun tersalah hantar oleh penjual dan anda boleh rujuk di sini.

Siap...

Potentiometer pada gambar di atas saya beli di element14 dan telah selamat diterima semalam. Setelah ditukar dan diuji, penyedut hampagas tersebut telah berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi seperti biasa.

Testing...

Selamat mencuba...

Friday, 6 March 2020

audio gods MOS2.6AX (600W) amplifier repair

Minggu lepas saya dirujuk sebuah amplifier berjenama audio gods, model: MOS2.6AX dengan masalah sebelah kanan tidak mengeluarkan suara.
Jenama: audio gods
Amplifier ini kelihatan usang serta banyak bahagian yang berkarat seperti boleh dilihat pada gambar di bawah ketika dirujuk kepada saya dan pemilik memberitahu saya ianya disimpan pada bonet bahagian belakang kereta.
Model: MOS2.6AX
Setelah dibuka, banyak juga bahagian di dalam yang berkarat seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Setelah penutup bawah dibuka...
Setelah diperiksa menyeluruh, komponen yang didapati rosak ialah:-
  1. 2 biji kapasitor - 2200uF, 25v
  2. sebiji kapasitor - 2J104
  3. sebiji potentiometer - 50Ω
Kapasitor kembung/meletup...
Komponen yang rosak telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.
Potentiometer rosak...
Saya juga membersihkan bahagian yang berkarat pada bahagian papan litar sehingga bersih sebelum komponen yang rosak saya gantikan dengan yang baru.
Keluarkan potentiometer yang rosak...

gantikan potentiometer yang baru...
Gambar di bawah menunjukkan keadaan papan litar yang telah dibaiki dan dibersihkan.
Siap...

left (L) - testing...
Setelah komponen yang rosak di atas telah saya ganti dan diuji, amplifier tersebut masih boleh digunakan semula.
Right (R) - testing...
Selamat mencuba...

Sunday, 26 May 2019

SHOW MPA-240S P.A. Ampifier repair

Hari ini saya berpeluang membaiki sebuah amplifier atau lebih tepat dipanggil 'P.A. amplifier' berjenama SHOW, Model: MPA-240S.
Jenama: SHOW, Model: MPA-240S
Masalahnya ketika dirujuk kepada saya ialah bunyi sedikit sahaja yang kedengaran walaupun volume telah dipulas habis.
Setelah penutup atas dibuka...
Kalau amplifier masih boleh mengeluarkan bunyi, jangan sentuh bahagian yang menghasilkan suara, sebaliknya anda cuma perlu periksa bahagian 'input' serta 'pre-amplifier'
Buka bahagian pre-amp...
Bahagian 'input' biasanya juga jarang bermasalah melainkan telah longgar, jadi yang tinggal sekarang ialah bahagian 'pre-amplifier' iaitu bahagian yang melaras suara (mixer).
Komponen yang bermasalah...
Setelah saya periksa bahagian pre-amplifier, komponen yang didapati bermasalah adalah seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas:-
  1. Sebiji rheostat 10kΩ untuk tombol volume
  2. Sebiji potentiometer 50kΩ untuk tombol bass
  3. 2 biji kapasitor 100uF, 25v
Gantikan rheostat & potentiometer yang baru...
Setelah kesemua komponen yang bermasalah di ganti dan diuji, kini hanya perlu pulas sedikit sahaja tombol volume (master) untuk mengeluarkan suara dari amplifier tersebut.
Pasang balik apa yang telah dibuka...
Untuk makluman, P.A. Amplifier ini milik kedai di mana saya selalu mendapatkan bekalan komponen eletronik. Saya rasa bertuah sebab diberi kepercayaan oleh pemilik kedai tersebut untuk mencuba bakat yang tidak seberapa...
Tested -ok
Selamat mencuba...

Wednesday, 13 February 2019

Potentiometer 6 kaki (6 leg potentiometer conversion)

Hari ini saya kongsikan cara mengubahsuai pendawaian potentiometer lama kepada yang lebih baru. Potentiometer banyak digunakan pada radio kaset lama dan jika rosak, peluang untuk mencari alat ganti yang 100% sama amatlah susah.

Saya telah mengalaminya apabila radio vintange berjenama SANYO, Model: M9935K telah mengalami kerosakan pada potentiometer 'volume', 'balance' & 'Treble'.

Berikut adalah cara bagaimana pengubahsuaian yang harus dilakukan:-
Kiri: potentiometer lama & Kanan: Potentiometer yang baru.

Kiri: potentiometer lama & Kanan: Potentiometer yang baru.

Cara pendawaian...
Gambar di atas merupakan cara pendawaian yang harus dilakukan agar potentiometer yang baru di sebelah kanan akan berfungsi sepenuhnya seperti sedia kala.
Sebelum (Kiri: potentiometer untuk 'volume')

Selepas (Kiri: Potentiometer untuk 'volume' yg baru)
Selamat mencuba...

Monday, 15 July 2013

main amplifier adjustment - AKAI AM-2600


Main Amp P.C. Board M2-5432A

Reading before adjustment (Right side)

After adjustment (Right side)

After adjustment (Left side)

Front View of AKAI AM-2600