Monday 3 February 2020

JOVEN PC838P water heater repair

'Water heater' seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
JOVEN PC838P
Masalah 'water heater' ini ketika dirujuk kepada saya ialah ianya boleh dihidupkan namun tidak panas dan lampu LED berwarna hijau tidak terang (malap).
Tiada arus elektrik ke elemen pemanas...
Apabila saya periksa voltan pada elemen pemanas, tiada bacaan langsung seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Lampu LED berwarna hijau malap...
Setelah diperiksa komponen pada papan litar, saya menjumpai perintang 5.6kΩ putus dan kedukukannya pada papan litar telah saya labelkan pada gambar di bawah.
Perintang 5.6kΩ putus...
JOVEN PC838P water heater repair

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Perintang 5.6kΩ tersebut dilabel sebagai R1 pada papan litar.
Keluarkan perintang yang putus...
Jika anda tanya saya bagaiman saya tahu nilai perintang tersebut ialah 5.6kΩ sedangkan warnanya tidak kelihatan lagi? Jawapannya ialah saya rujuk kepada gambar pada artikel lepas di sini dan warnanya ialah 'hijau,biru,merah' = 5.6kΩ.
Gantikan perintang 5.6kΩ yang baru...
Setelah perintang 5.6kΩ dan lampu LED berwarna hijau saya tukar dan diuji, 'water heater' tersebut kini kembali panas dan voltan pada elemen pemanas ialah 120vac setelah thermostat dilaras seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Dah ada arus elektrik ke elemen pemanas... (120vac)
Selamat mencuba...

18 comments:

  1. Tuan, apa masalah kalau on lampu hijau menyala tp pam dan heater tak jalan. Dah tukar reed switch tp tak jalan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba periksa komponen pada papan litar, mungkin ada perintang putus seperti di atas. Periksa juga magnet dalam 'flow sensor', pastikan ianya bebas bergerak.

      Delete
    2. I jugag hadapi masalah ni.
      Kena ketuk baru pump jalan

      Delete
    3. Kalau dah ketuk baru pam jalan, itu masalah 'carbon brush' pada pam dah habis. Tukar 'carbon brush' je, elok balik.

      Delete
  2. Tuan,kalau lampu hijau x nyala apa punca,saya dah tukar fuse sbb rosak(glass crack).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Periksa lampu LED ada hangus tak.
      Kalau lepas tukar fius ada putus lagi?
      Artikel di bawah mungkin boleh membantu anda.

      http://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2019/11/joven-ec802-water-heater-repair.html

      Delete
  3. Tuan nk tanya sikit water heater sy lampu merah skejap menyala skejap tidak mnyala.sensor magnet sudah tukar yg baru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air panas tak? Mungkin reed switch dah tak elok dan perlu ditukar.

      Delete
  4. hey Mr. Hercules, do you still do repair for joven pc838p?

    i have 2 faulty units at my house...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Location? I'm in Miri, Sarawak

      Delete
    2. Ouch, i am in KL...

      1 unit of mine no hot water (green light is on but no red light)...

      Another unit of mine, both green and red lights sometimes on, half way shower it goes off and then few seconds it came on back... sometimes it just doesnt on back... sometimes i turn on thebpower supply no lights on, but half way the lights came back on...

      Delete
    3. If you wish to DIY, you can refer to my blog for more details.

      http://lifebeginsatforty40.blogspot.com/search/label/JOVEN

      Delete
    4. alright, thank you very much boss...

      Delete
  5. Hi Hercules Wong, i got one unit PC838 (no pump) having problem like describe by Tommy. Half way showering both red and green LED gotes off. i have to turn off and on the 20A double pole switch at outside to reset back the water heather. Seek you advise what could be the problem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Problem could be on PSU, faulty BC546 transistor.
      https://youtu.be/VSkgNxpIV3Y

      Delete
  6. Boss saya mahu tanya, u ada jual spare part heater element untuk hot shower Joven PC838P. Element itu saya check guna multimeter digital(FLUKE117) selecting ohm tiada reading langsung OL.

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.