Gambar hiasan... |
Ketika itu saya baru sahaja berkhidmat dan diberikan tugasan menghantar lori ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan berkala setiap 6 bulan. Semuanya berjalan dengan lancar dan tidak menghadapi sebarang masalah.
Enam bulan selepas itu, sekali lagi saya disuruh membuat tugasan yang sama iaitu menghantar lori yang sama ke PUSPAKOM untuk membuat pemeriksaan berkala. Pemeriksaan kali ke-2 tidak berjaya dengan alasan lori tersebut tidak ada kelulusan penutup (canopy) pada bahagian belakangnya.
Pihak PUSPAKOM meminta saya untuk memohon kelulusan 'canopy' lori tersebut terlebih dahulu jika ingin mendapatkan kelulusan pemeriksaan berkala.
Saya juga diberitahu oleh pemilik bahawa lori tersebut telah dilengkapi dengan 'canopy' sejak hari pertama berada di jalan raya. Bagaimana mereka boleh mendapatkan kelulusan pemeriksaan berkala selama ini dan untuk pengetahuan semua, usia lori tersebut ketika itu juga telah mencecah 10 tahun.
Dipendekkan cerita, saya dapatkan khidmat 'runner' untuk membuat pemeriksaan berkala lori tersebut dan kelulusan diperolehi tanpa membuat permohonan kelulusan 'canopy'nya. Tahun-tahun berikutnya proses pemeriksaan berkala dilakukan oleh 'runner' yang sama tanpa masalah selama saya berkhidmat di situ kira-kira 6 tahun.
Sehingga hari ini saya tidak tahu bagaimana kelulusan pemeriksaan berkala diperolehi setiap 6 bulan melalui khidmat 'runner' namun yang pasti, tiada sebarang permohonan untuk kelulusan 'canopy' lori tersebut dibuat. Saya juga lupa berapa kos perkhidmatan yang perlu dibayar kepada 'runner' tersebut setiap kali menjalani pemeriksaan berkala di PUSPAKOM.
Saya kaitkan pengalaman ini dengan 'Cash is King' sebab kelulusannya boleh didapati hanya dengan membayar kos perkhidmatan kepada khidmat 'runnner' sahaja.
Apa kata anda? Kongsi dengan saya jika anda juga ada pengalaman seperti yang saya alami di atas...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.