Sunday 2 February 2020

SD-M007301CB2 LED Driver repair

Hari ini saya kongsikan sesuatu yang tidak berbaloi untuk dibaiki iaitu sebiji LED driver seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
SD-M007301CB2 LED Driver
Masalah LED driver ini ketika dirujuk kepada saya ialah outputnya tidak stabil dan menyebabkan lampu LED berkelip-kelip.
Setelah penutup dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa, kerosakkannya ialah pada komponen yang telah saya labelkan pada gambar di atas iaitu:-
  1.  2 biji kapasitor utama 4.7uF, 400v
  2.  sebiji kapasitor output 47uF, 35v.
Komponen yang rosak...
Setelah kapasitor tersebut saya gantikan dengan yang baru, ianya masih boleh digunakan namun ianya tidak berbaloi untuk dibaiki disebabkan harga sebiji LED driver 7W yang baru ialah kira-kira RM4.00 sahaja dan kos untuk membaikinya pula ialah RM9.00:-
  1. 4.7uF, 400v - RM4.00 sebiji
  2. 47uF, 35v - RM1.00 sebiji
Tested - ok

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.