Saturday 1 February 2020

SONY 4 Band Radio Cassette Corder CFM-155S repair

Ini merupakan peralatan elektrik berjenama SONY yang pertama saya baiki iaitu sebuah radio kaset dengan model: CFM-155S.
SONY CFM-155S
Ketika dirujuk kepada saya, lampu indikator berwarna merah menyala apabila dihidupkan namun tidak mengeluarkan suara.
Setelah penutup hadapan dibuka...
Setelah dibuka, benda pertama yang saya periksa ialah speakernya dan ianya rosak. Cara memeriksanya ialah dengan menggunakan multimeter dan laraskan ke bahagian ohm (Ω). Jika tiada 'continuity' ianya rosak.
Speaker rosak... (3.2Ω, 1W)
Speksifikasi speaker tersebut ialah 3.2Ω, 1W seperti tertera pada bahagian belakang speaker dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di atas.
Buka speaker rosak...
Cara menukar speaker amat mudah iaitu dengan membuka keempat-empat skru pada speaker dan gantikan dengan speaker yang baru.
Gantikan speaker baru...
Setelah spekear ditukar dan diuji, radio kaset tersebut masih boleh digunakan semula dan anda boleh menonton klip video pada penghujung artikel ini.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.