Tuesday, 11 February 2020

SAMSUNG WA88B5 washing machine repair

Mesin basuh berjenama SAMSUNG, Model: WA88B5 ini telah lama dirujuk kepada saya dan masalahnya ialah tidak dapat dihidupkan langsung.
Jenama: SAMSUNG
Masalah tidak dapat dihidupkan ialah pada PCB dan saya pernah cuba membaikinya dengan menukar transformer pada PCB. Setelah transformernya saya tukar dan diuji, ianya boleh dihidupkan namun banyak fungsinya (function) tidak dapat digunakan.
Penutup bahagian bawah papan litar dipotong - cubaan untuk membaiki...

Untuk makluman semua, papan litar mesin basuh ini sangat sukar untuk dibaiki disebabkan kesemua papan litarnya dilitupi silikon dan boleh dilihat seperti pada gambar di atas.
Model: WA88B5
Saya juga pernah merujuk kepada agent SAMSUNG untuk mendapatkan PCB yang baru namun menurut mereka, model tersebut telah usang (obsolete) dan tiada keluaran lagi termasuk PCBnya.
PCB baru...
Baru-baru ini saya terjumpa PCB untuk model WA88B5 dan jika dilihat dengan teliti, komponen yang digunakan berbeza seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Penjual telah meyakinkan saya bahawa ianya direka untuk kegunaan model WA88B5.
Atas: PCB lama, Bawah: PCB baru
PCB tersebut saya beli secara atas talian dengan harga RM80.00 (tidak termasuk kos penghantaran).
Pasang PCB baru..
Setelah PCB tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, kesemua fungsinya (function) beroperasi dengan normal dan masih boleh digunakan.
Testing
Jika anda berminat untuk membelinya secara atas talian, anda boleh membelinya di sini. Cuma 5 unit sahaja yang tinggal ketika blog ini ditulis. Siapa cepat dia dapat...
Tested - ok
Selamat mencuba...

2 comments:

  1. Mesin basuh saya model WA88B5.
    air masuk = ok
    Cuci = ok
    Keluar air = ok
    Masa nak spin, ia berhenti dengan kod E2
    Adakah ini masalah PCB? Atau lain yang rosak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang jumpa E2. Masalah E2 ialah keluar air atau ada litar pintas pada butang PCB.
      1. Cuba cabut wayar dan biarkan kira-kira 3 minit untuk reset PCB dan cuba lagi.
      2. Jika masih E2, tekan semua butang tengok ada yang 'jem' tak.
      3. Periksa injap (valve) serta paip (hose) air keluar, kadang-kadang sumbat sebab tak pernah servis. Nasib baik jumpa duit syiling.
      Kalau semua di atas gagal, tukar PCB baru. Leceh baiki PCB mesin basuh sbb semua kena gam silikon. Selamat mencuba...

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.