Sunday 9 February 2020

Troublesooting ELBA EHD-B1225TR hair dryer

Hari ini saya kongsikan masalah pada sebuah alat pengering rambut berjenama ELBA, Model:  EHD-B1225TR dengan masalah padam sendiri setelah kira-kira 20 saat digunakan.

ELBA EHD-B1225TR

Ketika saya menguji alat pengering rambut tersebut, ianya boleh dihidupkan namun saya dapati bahawa kipasnya lemah atau berpusing dengan kadar yang perlahan daripada biasa.

Panas melampau...

Selain daripada itu, pemanasnya juga menjadi merah menyala seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan akhirnya padam sendiri. Ianya masih boleh dihidupkan lagi setelah pemanasnya telah sejuk iaitu kira-kira 15 minit selepas itu.

Buka & periksa...

Masalah sedemikian biasanya disebabkan motor/dinamo kipas yang bergerak perlahan akibat dibelit rambut pengguna.

Suppressor capacitor 0.1uF ada perintang 1MΩ...

Setelah saya buka kipasnya, tiada rambut ditemui seperti saya jangkakan. Jadi, apa pula punca motor/dinamo kipas berpusing dengan perlahan?

Kipas tidak sumbat...

Seterusnnya saya buka memanas serta motor/dinamonya sekali seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Buka motor/dinamo...

Motor/dinamo telah dibuka...

Buka lagi...

Setelah motor/dinamo alat pengering tersebut saya buka dan diperiksa dengan menggunakan multimeter, akhirnya saya dapati terdapat masalah pada dinamonya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

dinamo rosak...

Dinamo yang elok seharusnya mempunyai bacaan yang sama pada setiap sektor seperti telah saya labelkan pada gambar di atas iatu kita-kira 4.9Ω. Terdapat dua sektor yang mempunyai bacaan sangat tinggi iaitu 89.5Ω.

4.9Ω

Masalah dinamo yang rosak sebegini boleh dibaiki iaitu dengan menukar kesemua wayarnya (rewind) dengan yang baru. Cara lain selain daripada 'rewind' ialah menukar motor/dinamo yang baru.

89.5Ω

Alat pengering rambut ini tidak dibaiki sebab tiada alat ganti untuk motornya mahupun wayar untuk 'rewind' motornya. Kos untuk 'rewind' motornya hampir sama dengan membeli alat pengering rambut yang baru.


Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.