Pagi ini saya dirujuk sebiji 'active PA speaker' atau juga dikenali sebagai 'portable speaker' berjenama dB Technologies, Model: OPERA 405D dengan masalah boleh mengeluarkan suara tetapi tidak nyaring walaupun telah dilaras maksimum.
 |
Jenama: dB Technologies |
'Portable speaker' ini dilengkapi dengan amplifier sendiri dan boleh disambung terus kepada mikrofon dan 'line' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
 |
Model: OPERA 405D |
Cara untuk membuka bahagian amplfier ialah dengan membuka 10 biji skru pada bahagian belakang speaker tersebut.
 |
Buka bahagian amplifier... |
Gambar di bawah menunjukkan papan litar amplifier setelah dibuka dan pemeriksaan awal mendapati bahagian PSU (Power supplu unit) tidak membekalkan elektrik yang mencukupi untuk kegunaannya.
 |
Komponen yang rosak... |
Komponen yang didapati rosak adalah seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas iaitu:-
- 5 biji 100uF, 25v kapasitor
- 2 biji 470uF, 16v kapasitor
 |
Siap... |
Selain daripada komponen yang rosak seperti di atas, suis untuk melaras MIC/LINE juga tidak berfungsi dengan sempuran iaitu kadang-kadang bersentuh dan kadang-kadang tidak bersentuh. Suis tersebut tidak perlu di tukar dan cuma perlu dibersihkan dengan menyembur 'contact cleaner' sahaja.
 |
Testing... |
Setelah suis diselengara dan komponen yang didapati rosak ditukar dengan yang baru serta diuji, 'portable speaker' tersebut kembali berfungsi seperti biasa.
 |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.