Saturday, 15 February 2020

STAR TRAC error code KEY DOWN

Hari ini saya kongsikan masalah treadmill berjenama STAR TRAC yang memaparkan error code: KEY DOWN setelah dihidupkan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Apabila kod tersebut terpapar, kesemua butang/suis tidak berfungsi bila ditekan.
Error code: KEY DOWN
Jika kita lihat maksud 'KEY DOWN' seperti pada gambar di bawah, ianya adalah disebabkan terdapat butang/suis yang ditekan melebihi 20 saat. Maksudnya terdapat butang/suis yang masih dalam keadaan ditekan walaupun kita tidak menekannya. Anda boleh rujuk kepada cara-cara 'troubleshooting' di sini.
Maksud 'error code'...
Keypad seperti ini sering mempunyai masalah sedemikian dan ianya tidak dapat dibaiki. Cara untuk mengatasinya ialah dengan menukar keypad yang baru.
Tukar keypad baru...
Setelah keypad ditukar dan diuji, masalah 'KEY DOWN' telah selesai dan treadmill kembali beroperasi seperti biasa.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.