Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sebiji relay berjenama Fulton dengan masalah lampu LED berkelip-kelip dan tidak boleh digunakan.
 |
Jenama: Fulton |
Relay tersebut ialah untuk kegunaan industri khasnya pada pemanas air (boiler) sebagai suis untuk memadamkan/menghidupkan pemanas, kipas dan sebagainya.
 |
Bahagian yang akan disambung ke papan litar |
Sebelum ini saya pernah membaiki relay seperti ini tetapi jenama yang berbeza dan anda boleh membacanya di
sini .
 |
Cara pendawaiain... |
Setelah dibuka dan diperiksa, hanya sebiji kapasitor perlu diganti berikutan nilainya telah berkurangan melebihi 50% dari nilai asal iaitu 47uF, 25v.
 |
Setelah penutup dibuka... |
Komponen yang lain tidak bermasalah dan setelah siap ditukar kapasitor tersebut dan diuji, relay tersebut kini masih boleh digunakan.
 |
Siap |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.