Showing posts with label Diary. Show all posts
Showing posts with label Diary. Show all posts

Tuesday, 1 September 2026

QTT195

Pada 30/08/2026 lepas saya memandu dari kediaman saya, Senadin menuju ke e-mart, Tudan dan tiba-tiba ada sebuah kereta memotong saya dari kiri guna laluan kecemasan.

QTT195

Apa yang berlaku setelah mengetahui ada kereta memotong saya dari sebelah kiri, saya perlahankan kereta dan dia juga memperlahankan keretanya.

Bila dia perlahankan kereta, saya lajukan semula namun dia turut dengan kelajuan sama dan akhirnya memotong serta memperlahankan keretanya di depan saya.

Dalam masa yang sama dia keluarkan tangan tunjuk sesuatu seolah-olah mengajak saya untuk berlumba. 

Saya pada mulanya abaikan sahaja namun dia memberhentikan terus kereta di depan saya. Saya potong dia namun dia terus melajukan keretanya tidak mahu dipotong dan berhenti di depan saya semula.

Kebetulan kedudukan berhenti ada simpang kiri, maka saya pun masuk simpang tersebut.

Apa yang mengejutkan saya selepas itu ialah dia kejar saya sehingga saya keluar semula ke jalan utama.

Apa yang melegakan selepas itu ialah dia tidak lagi berada di belakang saya lagi namun sewaktu menunggu di lampu trafik, tiba-tiba dia muncul semula tetapi berada selang satu laluan seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas.

Dia masih lagi mengeluarkan tangan tunjuk sesuatu yang tidak puas hati namun selepas lampu merah bertukar ke hijau dia yang tidak lagi berada di laluan sama pergi entah ke mana. Begitu lah berakhirnya episod yang bagi saya 'adrenaline rush'.

Laporan polis

Dalam perjalan berikutnya, saya masih tidak tahu apa puncanya dan berakhir dengan membuat laporan polis untuk rekod.

Viral di MIRI community

Pada keesokkanya (31/8/2026), saya membuat satu hantaran (posting) di page MIRI community seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas dan anda boleh rujuk di sini.

Ramai juga yang terkena...

Tidak lama selepas itu tuan punya kereta buat posting dan muatnaik video kejadian tidak puas hatinya di sini.

Saya minta orang ramai berhati-hati bila terserempak kereta tersebut namun dia cuba alihkan perhatian kata saya melulu keluar simpang masuk bulatan. 

Klip video di atas saya rakam guna 'screen recorder' untuk rekod sendiri. Setelah ulang tonton beberapa kali saya dapati pemandu tersebut sengaja buat masalah dengan melajukan kereta dari 20kmj ke 40kmj setelah ternampak saya masuk ke bulatan (roundabout) dan mahu memotong saya dari kiri namun terbantut sebab ada kereta Myvi di depan.

Jelas kelihatan dia turut memperlahankan kereta bila saya perlahankan kereta untuk memberi laluan kepadanya namun tidak juga memotong pada mulanya.

Klip video yang dimuatnaik hanya untuk alih perhatian orang ramai kata saya masuk bulatan melulu.

Sebagi pemandu berpuluh tahun, saya yakin selamat sewaktu masuk bulatan tersebut sebab dia masih jauh dengan kelajuan perlahan yang telah dibuktikan melalui videonya sendiri.

Sah dia sengaja buat masalah...

Saya baca semua komen postingnya dan dapat kesimpulan bahawa tuan punya kereta tersebut memang sengaja buat masalah seperti boleh dilihat pada komennya di atas.

Saya pasti dia telah lakukan benda yang sama kepada pengguna jalan raya lain berdasarkan komen orang ramai pada posting saya.

Ini lah pembuli jalan raya yang saya jumpa selama berpuluh tahun memandu.

Apa tujuan dia kejar saya? Sewaktu kejadian kejar mengejar, saya memang sudah bersedia jika dia berjaya kejar saya dan turun kereta, saya pasti akan LANGGAR dia sebelum dia melakukan sesuatu terhadap saya guna undang-undang di tangan sendiri.

Renung-renungkan... 

Wednesday, 19 August 2026

Pisang

Pokok pisang ini saya tanam tahun lepas pada 24/8/2025.

Anak pokok pisang ini saya minta dari seseorang yang tinggal di kawasan saya sering berjogging.

Awal tahun ini pokok pisang yang saya tanam telah tumbuh dua anak seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. 

Jantung pisang mula kelihatan pada awal bulan lepas seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Jantung pisang saya potong setelah 10 sikat pisang kelihatan namun hanya 8 sikat sahaja yang membesar.

Hanya sebiji pisang sahaja yang membesar pada sikat ke-9.

Saya tuai pisang tersebut hari ini (19/8/2026) dan kesemua 8 sikat + sebiji pisang sihat dan masih berwarna hijau. 

Keseluruhan masa yang diperlukan untuk menanam sepohon pisang sehingga dituai ialah setahun.

Friday, 24 July 2026

Redmi note 13 casing

Telefon Redmi note 13 ini saya beli pada 15/10/2024.

Redmi note 13...

Dari pengalaman lepas, casing asal hanya bertahan kira-kira 2 tahun sahaja dan gambar-gambar berikut di bawah adalah keadaannya sebelum saya gantikan dengan yang baru.

Casing bahagian mengecas pecah...

Pereputan casing bermula dengan tertanggalnya penutup bahagian mengecas dan seterusnya pecah pada bahagian volume serta butang start seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Casing bahagian butang volume/start pecah...

Apa yang saya perasan ialah keadaannya mulai rapuh setelah setahun dan merebak keseluruhan casing.

Casing bahagian kamera juga pecah...

Gambar berikut ialah casing yang baru saya beli melalui dalam talian dengan harga Rm2.81 sahaja.

Casing baru...

Untuk makluman semua, harga casing di pasaran tempatan jauh lebih mahal berbanding dalam talian.

Siap... 

Saya tidak pernah buka casing asal sejak dibeli namun ianya seolah-olah ada tarikh luput dan reput selepas itu...

Wednesday, 15 July 2026

Wang Tidak Dituntut (WTD)

Awal tahun ini saya ada kongsikan pengalaman membuat tuntutan sebahagian wang tidak dituntut (WTD) dan anda boleh rujuk di sini. 

Dividen PBB tahun 2023...

Setelah bertahun membuat aduan, akhirnya wang dividen saya berada dalam sistem egumis seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Permohonan diterima pada 4/7/2026

Tuntutan telah berjaya dihantar pada 4/7/2026 dan telah diterima pada hari yang sama melalui notifikasi e-mail.

Status - pengesahan dokumen

Proses tuntutan kali ini sangat cepat dan wang tuntutan tersebut telah masuk ke akaun saya pada 13/07/2026.

Bayaran diterima pada 13/07/2026

Akhirnya kedua-dua wang dividen untuk tahun 2023 selamat sampai ke pangkuan saya setelah 3 tahun membuat aduan. 

Thursday, 9 July 2026

Gibson Les Paul

Hujung bulan lepas sewaktu 'payday sale' di shopee saya telah menempah sebuah gitar elektrik seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

June payday sale...

Tahun lepas saya juga ada melakukan tempahan di shopee namun gitar yang sampai tidak berkualiti dan boleh rujuk di sini.  

Setelah bungkusan dibuka...

Untuk makluman semua, gitar ini dibuat di Indonesia dan ianya bukan gitar tulen Gibson. Saya juga yakin ianya juga bukan gitar yang dikilangkan atas jenama Gibson.

Patah...

Nasib masih tidak menyebelahi saya lagi sebab gitar yang sampai rosak seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Patah...

Kerosakkan berlaku sewaktu penghantaran dan pembungkusannya sangat mudah serta tiada ciri keselamatan langsung.

Toggle switch juga patah...

Apa pun, saya kembalikan gitar tersebut dan mendapat pulangan penuh melalui aplikasi shopee.

Refunded...

Proses penghantatan balik bermula pada 4/7/2026 dan hanya tiba pada 16/7/2026. 

Klip video di atas saya rakam sewaktu menerima serta membuka bungkusannya.

Wednesday, 24 June 2026

Outdated mobile Operating System (OS)

Bulan mac lepas saya menerima pesanan ringkas dari RHB seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

13/03/2026

Selama ini saya abaikan saja pesanan tersebut berikutan telefon saya (redmi note11) hanya berusia kira-kira 3 tahun sahaja dan dikemaskini dari masa ke semasa jika ada.

Website up to date...

Transaksi terakhir dalam talian ialah pada bulan april dengan membuat bayaran bil elektrik namun bulan ini (may) transaksi gagal dilaksanakan. 

Redmi note 11 (security - 01/10/2024)

Pada mulanya saya ingatkan ada kerja penyelengaraan pada aplikasi oleh pihak bank namun setelah seminggu berlalu tiada transaksi yang berjaya.

Pemeriksaan pada tetapan telefon mendapati 'android security update' ialah pada tahun 2024 seperti boleh dilihat pada gambar di atas  

Redmi note 13 (security - 01/04/2026)

Di pendekkan cerita, saya tukar ke telefon satu lagi (redmi note 13) dan masalah selesai. Android security update pula ialah 2026 seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Redmi note 11 to Redmi note 13

Aplikasi bank pula tidak membenarkan melakukan transaksi selama 12 jam setelah pertukaran telefon seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Cooling-off period 12 hours...

Kesimpulan saya dari pengalaman di atas ialah, telefon masih elok namun tidak boleh digunakan lagi berikutan tiada sokongan lagi.

Renung-renungkan... 

Thursday, 28 May 2026

Renew RHB Debit Card

Saya cuma memiliki sekeping kad ATM yang juga berfungsi sebagai kad debit sahaja.

28/02/2026

Awal tahun ini pada 28/02/2026 saya menerima pesanan ringkas seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Sah sehingga bulan ogos 2026

Kad debit saya sah laku sehingga bulan ogos tahun ini dan ianya gagal diperbaharui melalui aplikasi pada telefon bimbit.

21/05/2026

Sejak menerima pesanan ringkas di atas, saya cuba memperbaharui kad debit melalui aplikasi dari masa ke semasa dan semuanya gagal seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas. Percubaan terakhir yang juga gagal ialah pada 21/05/2026.

25/05/2026

Pun begitu, percubaan pada 25/05/2026 akhirnya berjaya seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Saya berpendapat sistem aplikasi bank yang tidak membenarkan pembaharuan kad debit lebih awal.

Renung-renungkan... 

Friday, 10 April 2026

WTD - Wang Tidak Dituntut

Tahun lepas saya ada kongsikan masalah dividen saham yang tidak diterima dan telah diketegorikan sebagai wang tidak dituntut (WTD) di sini.

Dividen untuk tahun 2023

Untuk makluman, saya ada dua dividen yang tidak diterima untuk tahun 2023 seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Permohonan tuntutan - 5/2/2026

Sehingga blog ini ditulis, cuma satu transaksi dengan nilai RM800 sahaja berada dalam sistem egumis dan tuntutan telah saya buat pada 05/02/2026.

Butiran tuntutan...

Gambar tangkap layar di atas ialah butiran tuntutan. Tuntutan dengan nilai RM5.51 merupakan 'refund' dari insuran kereta dan telah berada di dalam sistem egumis sejak tahun 2023.

Notifikasi e-mail - 03/04/2026

Gambar tangkap layar di atas ialah notifikasi melalui e-mail yang saya terima pada 03/04/2026 dan kali ini mengambil masa dua bulan berbanding dahulu cuma dua minggu sahaja.

Transaksi masuk akaun pada 06/04/2026

Pengalaman menuntut WTD lepas pernah saya kongsikan dan anda boleh rujuk di sini.

Kalau tak tanya, mereka senyap...

Dividen yang satu lagi katanya selepas bulan jun tahun ini baru diklasifikasikan WTD dan telah melebihi 3 tahun... 

Wednesday, 11 March 2026

SKAS 2026

Pada 08/03/2023 saya periksa aplikasi SarawakPay dan mendapati ada Sumbangan kewangan baru seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

08/03/2026

Untuk makluman semua, sumbangan tersebut perlu diakui (acknowledge) oleh pemilik masing-masing pada aplikasi. 

Pagi semalam saya menerima notifikasi seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah. 

Notification - 10/03/2026

Sumbangan RM100.00 telah tersedia melalui aplikasi SarawakPay masing-masing dan boleh digunakan. 

Fund available - RM100.00

Pastikan anda telah 'acknowledge' pada aplikasi anda sebelum ianya boleh digunakan.

No expiry...

Tahun lepas sumbangan hanya sah laku sehingga hujung tahun namun tahun ini ianya tiada tarikh luput (no expiry).

Thursday, 12 February 2026

Ringgit mengukuh di bawah RM4 berbanding USD

Bulan lepas telah menyaksikan pengukuhan nilai matawang ringgit di bawah RM4.00 berbanding USD. 

28/01/2026

Kebetulan ketika itu pada 26/01/2026 saya telah menerima USD97.90 melalui notifikasi seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah. 

Terima USD97.90

Pemeriksaan pada akaun bank mendapati jumlah tersebut cuma RM363.88 sahaja seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Masuk akaun RM363.88

Setelah dikira, saya dapati kadar tukaran yang bank guna cuma 3.71 sahaja. Kenapa begitu jauh perbezaannya?

Renung-renungkan...