Thursday, 17 July 2025

Chibson (Gibson Les paul Custom)

Chibson adalah gelaran untuk gitar berjenama Gibson buatan China.

Gibson Les Paul CUSTOM...

Baru-baru ini saya terjumpa gitar berjenama Gibson murah di Lazada/Shopee/AliExpress dan telah berjaya membeli sebuah di Shopee seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan bawah. 

Bahagian belakang gitar...

Untuk makluman semua, jika ianya gitar tulen buatan USA, harganya mencecah RM30k atau lebih.

Les Paul CUSTOM...

Sekali pandang, ianya serupa dengan gitar asal Gibson termasuk panjang gitar iaitu 24.75 inci seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Panjang - 24.75 inci

Jika diperiksa dengan teliti banyak perbezaan ketara boleh dilihat seperti pada gambar-gambar berikut.

Gambar di atas jelas kelihatan 'nut' tak sama panjang dengan lebar 'neck' gitar serta sambungan pada pinggir gitar yang tidak kemas.

Toggle switch...

Peralatan elektronik yang digunakan semuanya dengan saiz mini serta pendawaian tidak kemas seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan bawah. 

4pcs potentiometer...

Gitar ini juga dilabel 'made in USA' pada belakang 'headstock' berserta dengan nombor siri seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Made in USA...

Berat gitar ini serupa dengan gitar tulen iaitu di antara 3.8kg hingga 4.7kg. Bacaan berat yang saya dapat ialah 4.45kg.

2A473J = 43000nf

Gambar-gambar berikut pula ialah kekemasan cat yang jelas kelihatan kurang menyenangkan.

Selain gitar, ianya juga dibekalkan dengan seutas tali penyangkut bahu (guitar straps) dan kabel untuk disambungkan ke amplifier gitar.

Apa komen and dengan kekemasan cat pada gitar ini? Adakah ianya boleh diterima jika anda adalah pembelinya? 

Gitar ini boleh berfungsi dan setiap 'key' juga tepat pada semua fret serta intonasi pada fret 12 juga sama dengan fret 0 atau pada 'nut' namun ianya berdesing (buzzing) pada fret tertentu seperti boleh ditonton pada klip video di bawah 

Setelah puas membelek akhirnya saya menemui punca gitar ini berdesing. 'Fretboard' gitar ini senget dan tidak selari dengan badan gitar seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Fretboard senget...

Saya terpaksa pulangkan gitar ini dengan tekan butang 'Return & Refund' pada aplikasi shopee.

RM690.10

Untuk pengetahuan semua, harga gitar ini cuma RM690.10 sahaja.

Andai kata anda adalah pembeli, apa yang anda akan lakukan dengan gitar ini? Mungkinkah anda akan gantungkannya di dinding sebagai perhiasan sahaja?

Renung-renungkan... 

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.