Showing posts with label DEKKA. Show all posts
Showing posts with label DEKKA. Show all posts

Monday, 19 April 2021

DEKKA FT-402 fan repair

Hujung minggu lepas saya ada temujanji dengan rakan sekelas 40 tahun yang lepas untuk memeriksa sebuah oven berjenama FABER dan masalahnya cuma kerosakkan pada sebiji 'thermal fuse' sahaja dengan 'rating' 65°C.

Jenama: DEKKA

Walaupun masalah oven telah ditemui, alat ganti tiada sebab kedai elektronik tidak buka hujung minggu dan saya buat pintasan untuk kegunaan sementara (jika perlu).

Model: FT-402

Saya juga dirujuk sebuah kipas berjenama DEKKA, model: FT-402 dengan masalah tidak berpusing setelah dibekalkan arus elektrik.

Nombor 1 - 1.736kΩ

Pemeriksaan menyeluruh mendapati kerosakkannya ialah pada sebiji thermal fuse dan cara-cara menukarnya pernah saya kongsikan sebelum ini di sini, sini dan sini.

No. 2 - 1.586kΩ

Sesuatu yang agak menarik perhatian saya untuk dikongsikan kali ini ialah bacaan rintangan yang saya ukur pada terminal plug 3-pin sangat tinggi iaitu melebihi 1kΩ seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di atas dan di bawah.

No. 3 - 1.270kΩ

Biasanya bacaan rintangannya ialah beberapa ratus ohm sahaja dan anda boleh rujuk di sini untuk membuat perbandingan dengan kipas-kipas yang pernah saya baiki dan kongsikan sebelum ini.

Tested - ok

Apa pun, kipas tersebut telah berjaya diselamatkan dengan hanya menukarkan thermal fuse sahaja dan masih boleh digunakan.

Selamat mencuba...

Monday, 16 September 2019

DEKKA JK-170 jug kettle repair

Cerek elektrik kini amat popular dan kebanyakkan diperbuat daripada plastik. Hari ini saya dirujuk sebuah cerek elektrik berjenama DEKKA, Model: JK-170 dengan masalah bocor bila diisi air.
Jenama: DEKKA
Kebocoran air pada cerek elektrik amat lah merbahaya disebabkan air adalah pengalir elektrik yang baik dan selain boleh menyebabkan renjatan elektrik kepada pengguna, kadang-kadang ia juga boleh menyebabkan litar pintas.
Model: JK-170
Cara untuk mengetahui kebocoran ialah dengan mengisi air dan periksa di mana air tersebut bocor. Gambar di bawah menunjukkan kebocoran pada bahagian bawah cerek.
Bocor bila diisi air...

Pecah (Pandangan luar)
Gambar di atas dan di bawah menunjukkan bahagian bawah cerek yang retak dan mengakibatkan kebocoran air.
Pecah (Pandangan dalam)

Gam guna super glue (Dalam)
Gambar di atas dan di bawah menunjukkan bahagian yang retak telah saya gam menggunakan super glue pada bahagian dalam dan luar cerek tersebut.
Gam guna super glue (Luar)

Testing
Setelah super glue tersebut kering dan diuji, tiada kebocoran lagi pada cerek tersebut dan ianya masih boleh digunakan.
Tested - ok

Super glue buatan Jepun (Beli di kedai DIY)
Selamat mencuba...