Thursday 30 June 2022

TelPhone TP-829 telephone repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah telefon berjenama TelPhone model TP-829 dengan masalah penerima tidak dapat mendengar suara kita.

TelPhone TP-829

Telefon seperti ini pernah saya baiki dan kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Model: TP-829

Setelah dibuka dan diperiksa pada papan litar, saya tidak menemui sebarang kerosakkan komponen.

Bahagian bawah telefon...

Seterusnya saya mendapati satu pelaras pada bahagian bawah telefon berada di kedudukan yang meragukan seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Dilaras ke warna merah...

Ianya meragukan saya sebab dilaras pada kedudukan berwarna merah. Setelah saya menguji ketiga-tiga kedudukan pelaras, ianya hanya kembali normal apabila di laras ke bahagian berwarna hijau.

Laras kembali ke warna hijau...

Selamat mencuba...

Wednesday 29 June 2022

SURE-LOC SSHC2535 electronic safe repair

Baru-baru ini saya telah dirujuk dua buah peti keselamatan berjenama SURE-LOC, model SSHC2535 dengan masalah langsung tidak berfungsi bila butang-butang ditekan.

SURE-LOC SSHC2535

Setelah dibuka dan diperiksa bahagian yang melibatkan elektrik/elektronik, punca ianya tidak berfungsi ialah disebabkan wayar berwarna hitam dari bateri ke papan litar rosak.

Terminal +ve & -ve bateri

Masalah sedemikian pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini. Apa yang perlu dilakukan ialah gantikan wayar negatif dengan yang baharu seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Gantikan wayar hitam (-ve)

Peti keselamatan ini kembali berfungsi semula setelah dengan menggantikan wayar hitam dari bateri ke papan litar sahaja.

Wayar hitam (-ve) rosak (teroksida)

Gambar di atas menunjukkan wayar tembaga di dalamnya telah teroksida serta berwarna hitam dan tidak melekat jika dipateri dengan timah.


 Selamat mencuba...

Tuesday 28 June 2022

Primada PSC50 smart cooker repair

Minggu lepas saya telah dirujuk sebuah periuk nasi berjenama Primada, model PSC50 dengan masalah nasi yang ditanak tidak masak.

Primada PSC50

Ketika saya mengujinya, saya dapati butang 'keep warm/cancel' kadang-kadang tidak berfungsi apabila ditekan.

Model: PSC50

Selain daripada itu, kunci penutup juga dicucuk dengan sesuatu supaya tidak terbuka sendiri seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Kunci penutup rosak...

Pemeriksaan awal pada PSU seperti boleh dilihat ada gambar di bawah tidak menemui sebarang kerosakkan.

Setelah penutup bawah dibuka...

Kunci penutupnya gagal berfungsi sebab springnya telah hilang seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Spring kunci penutup hilang...

Saya guna spring yang diambil dari pen dan dibungkus dengan 'heat shrink tube' untuk menggantikan spring yang telah hilang seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Tambah spring pada kunci penutup...

Saya juga gantikan 'tact switch' untuk butang 'keep warm/cancel' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Gantikan 'tact switch' yang rosak...

Setelah siap kerja-kerja membaiki di atas dan diuji, periuk nasi ini boleh memasak nasi tanpa masalah.

Tested - ok

Kemungkinan nasi tidak masak yang dikhabarkan oleh pemilik adalah disebabkan butang 'start' gagal berfungsi apabila ditekan sebab lampu pada 'keep warm/cancel' menyala. Butang tersebut bermasalah ketika saya mengujinya dan jika lampu menyala, butang lain tidak berfungsi termasuk butang 'start' bila ditekan.


 Selamat mencuba...

Monday 27 June 2022

ELBA 16" stand fan repair

Kipas angin ini telah lama dirujuk kepada saya dan tidak mampu dibaiki sebab gegelung motor telah hangus serta putus akibat panas melampau.

ELBA 16" stand fan

Kipas angin ini berjenama ELBA, model: ESF-E1638TM(GR) dan ianya dilengkapi dengan timer.

Model: ESF-E1638TM(GR)

Gambar di bawah ialah gegelung (coil) pada motor yang telah terbakar dan ianya tidak mampu dibaiki.

Gegelung (coil) rosak/putus...

Sebagai alternatif, saya belikan motor baharu seperti boleh dilihat pada gambar di bawah untuk menggantikan motor yang rosak.

Motor baharu...

Masalah yang sering dihadapi jika kita membeli motor baharu ialah ukuran tidak sama dengan asal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Tidak sama panjang...

Apa yang saya lakukan ialah, saya ambil gegelung dari motor baharu dan dipindahkannya ke motor asal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Pindahkan gegelung ke motor lama..

Setelah motor siap ditukar, kerja seterusnya ialah menyambung wayar kepada suisnya.

Cara pendawaiaan...

Pastikan wayar disambung dengan betul dengan merujuk kepada labelnya. Kipas angin ini tidak dilengkapi dengan wayar bumi seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Pendawaiaan telah siap...

Kipas angin ini kembali berfungsi semula setelah gegelung motornya telah saya gantikan dengan baharu.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Sunday 26 June 2022

Withholding Tax - Google AdSense

Hujung bulan lepas saya berjaya menjana pendapatan melalui Google AdSense dengan jumlah terkumpul mencecah $100 dan layak mendapat bayaran.

Tax Witholding - $2.24

Sebelum pihak Google AdSense membuat bayaran, mereka akan memotong sejumlah wang iaitu 'withholding tax' seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Jun 2022 - $117.79

Jumlah wang yang bakal saya terima ialah $117.79 setelah ditolak 'withholding tax' seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Akhirnya...

Dalam masa yang sama pihak Google AdSense juga telah menghantar e-mail kepada saya memberitahu bayaran melalui cheque telah dihantar dan akan tiba dalam masa 5 hari.

May 2022

Saya tidak pasti kenapa mereka memotong sejumlah wang untuk 'withholding tax' seperti di atas. Mungkinkah 'witholding tax' tersebut adalah potongan cukai pendapatan dan akan dibayar kepada LHDN?

Saturday 25 June 2022

LOOSAFE LS-QJ58 IP CCTV camera repair

Hari ini saya kongsikan sebiji kamera yang dirujuk kepada saya untuk dibaiki dan ianya sangat 'versatile' pada pandangan saya.

V380 bulb light camera...

Kamera ini tidak berlabel dan setelah mencari maklumat di atas talian, saya terjumpa spesifikasinya di sini.

Setelah penutup dibuka...

Masalah kamera ini ketika dirujuk kepada saya ialah langsung tidak berfungsi dan setelah dibuka serta diperiksa dengan mata kasar, sebiji kapasitor kelihatan kembung seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Gantikan kapasitor baharu...

Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar hanya menemui dua biji kapsitor dengan nilai 470uF, 16v rosak dan telah saya gantikan.

Tested - ok

Kamera ini kembali berfungsi dan berjaya diselamatkan setelah dengan hanya menggantikan dua biji kapasitor yang rosak sahaja.

Kapasitor rosak...

Kamera ini saya label sebagai 'versatile' sebab:-

  1. 2 dalam 1 (lampu & kamera)
  2. Lampu hanya menyala secara automatik ketika tidak cukup terang untuk rakaman kamera
  3. Boleh ditambah kad memori untuk menyimpan rakaman kamera
  4. Kamera boleh ditonton melalui aplikasi telefon bimbit
  5. Boleh merakam video beserta suara
  6. Dilengkapi dengan sistem WiFi

Selamat mencuba...

Friday 24 June 2022

Honeywell EC7830 burner control repair

Beberapa tahun yang lepas saya pernah baiki 'burner control' seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

Honeywell EC7830 burner control

Semalam saya dirujuk sebuah lagi 'burner control' serupa dan cuma diberitahu ianya boleh dihidupkan namun tidak dapat 'reset'.

ZModel: EC7830 A 1041

Setelah dibuka, benda pertama yang saya nampak ialah ada kesan terbakar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah penutup dibuka...

Selain litar putus dan kesan terbakar, sebiji relay juga pecah/meletup seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Relay meletup...

Rating relay yang digunakan ialah 18v, 10A, 250v.

Gantikan relay yang baharu...

Bahagian papan litar yang terbakar juga telah saya bersihkan serta sambung kembali litar yang telah putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sambung litar yang putus...

Pemeriksaan pada 'tact switch' yang digunakan untuk 'reset' juga rosak dan telah saya gantikan dengan yang baharu.

Keluarkan 'tact switch' reset...

Tiada kerosakkan lain lagi yang ditemui selain dinyatakan di atas iaitu:-

  1. sebiji 'tact switch'
  2. sebiji geganti (relay) - 18v
  3. litar putus pada PCB
Gantikan 'tact switch' baharu...

'Burner control' ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah diuji tanpa masalah.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Thursday 23 June 2022

SIEMENS LOGO! 230RC smart relay repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki 'smart relay' seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

SIEMENS LOGO! 230RC

Hari ini saya dirujuk dua buah 'smart relay' yang serupa dengan masalah sama iaitu langsung tidak berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik.

Setelah penutup dibuka...

Kerja 'troubleshooting' kali ini sangat mudah dengan menggunakan module meter ESR yang saya bina sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Kapasitor aluminium 47uf, 16v rosak...

Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar hanya menemui sebiji kapasitor jenis aluminium rosak dan telah saya tandakan pada gambar di atas dengan menggunakan module meter ESR.

Gantikan kapasitor baharu...

'Smart relay' ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah kapasitor yang rosak telah saya gantikan serta diuji.

Testing...

Peralatan (tools) yang baik boleh menjimatkan banyak masa serta tenaga ketika melakukan kerja-kerja 'troubleshooting' peralatan elektronik.

Tested - ok

Selamat mencuba...