Tuesday 13 July 2021

JVD Iconic Plus Top Open safes repair

Hari ini saya kongsikan masalah yang sering terjadi pada peti keselamatan berjenama JVD, model: iconic plus top open.

JVD iconic plus top open

Masalah peti keselamatan ini ketika dirujuk kepada saya ialah langsung tidak berfungsi walaupun bateri telah ditukar dengan yang baru.

Wayar hitam (negatif) telah saya tukar...

Setelah dibuka dan diperiksa, kerosakkannya ialah pada wayar negatif yang berwarna hitam dan jika anda lihat pada gambar di atas, kedua-dua wayar adalah berwarna merah sebab saya kehabisan wayar berwarna hitam.

Keseluruhan wayar hitam & rosak...

Keadaan wayar yang rosak adalah seperti boleh dilihat pada gambar di atas di mana wayar tembaga yang sepatutnya berwarna perang telah bertukar menjadi hitam keseluruhannya. Tiada keterusan (continuity) apabila diukur dengan multimeter.

Umpil plastik penyambung...

Punca wayar tersebut menjadi hitam adalah disebabkan tindakbalas cecair bateri yang bocor meresep kedalam wayar.

Sambung kembali penyambungnya...

Untuk pengetahuan semua, kesemua masalah wayar yang rosak akibat kebocoran bateri yang pernah dirujuk kepada saya adalah melibatkan wayar hitam iaitu disambung kepada terminal negatif bateri sahaja.

Pateri wayar & penyambung...

Gambar-gambar di atas dan di bawah adalah cara-cara untuk menukar wayar yang rosak dan walaupun kini kedua-dua wayarnya berwarna merah, ianya selamat digunakan sebab penyambungnya tidak dapat disambung terbalik.

Siap...

Peti keselamatan ini berjaya diselamatkan dengan hanya menukarkan wayar negatif yang berwarna hitam saja.

Persoalan saya sekarang ialah, kenapa kerosakkan wayar akibat kebocoran bateri hanya berlaku pada wayar yang disambung ke bahagian negatif sahaja? Mungkinkan kebocoran bateri hanya berlaku di bahagian negatif sahaja?

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.