Wednesday, 14 July 2021

Baiki dekoder astro yang tidak boleh dihidupkan

Dekoder astro ini telah saya baiki dua tahun lepas pada 30/5/2019 dan anda boleh rujuk di sini.

Kapasitor yang rosak...

Boleh dikatakan hampir kesemua kapasitor yang ada telah saya gantikan pada dua tahun lepas, namun ada 3 biji yang tidak ditukar sebab masih elok ketika itu.

Gantikan kapasitor baharu...

Pemeriksaan kali ini pula menemui dua biji kapasitor dengan nilai 470uF, 10v rosak dan telah saya tandakan pada gambar di atas. Kedua-dua kapasitor merupakan kapasitor yang tidak ditukar sebelumnya.

Kapasitor rosak 321uF sahaja...

Bacaan kapasitor rosak yang saya ganti kali adalah seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah iaitu cuma 321uF dan 293uF masing-masing.

Kapasitor rosak - 293uF sahaja...

Dekoder ini sekali lagi telah berjaya diselamatkan setelah kedua-dua kapasitor tersebut ditukar dan kembali berfungsi semula.

Jika saya tukarkan kesemua kapasitor dua tahun yang lalu, mungkin dekoder ini tidak perlu kembali lagi kali ini.

Tested - ok

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.