Monday, 5 July 2021

VRECOR V7s PRO tablet repair

Minggu lepas saya dirujuk sebuah tablet berjenama VRECOR, model V7s PRO dengan masalah langsung tidak dapat dihidupkan.

VRECOR V7s PRO

Cara membukanya bermula dengan membuka kedua-dua klip berwarna hitam seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Buka dua klip...

Setelah kedua-dua klipnya telah dibuka, buka juga 3 biji skru dan lokasinya ialah seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Buka 3 biji skru...

Saya guna kuku sahaja untuk umpil serta buka keseluruhan penutup belakangnya dan keadaan di dalamnya sangat mudah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Penutup belakang telah dibuka...

Benda pertama yang saya periksa ialah pada bahagaian pengecasnya dan pastikan ianya ada 5v setelah disambung kepada pengecas.

Charging port - 5v

Seterusnya saya dapati tiada voltan langsung ketika memeriksa baterinya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

0v

Setelah disambungkan kepada pengecas, saya cuma dapat bacaan 2.37v sahaja dan ianya jauh lebih rendah dari voltan bateri iaitu 3.7v. Apabila saya putuskan sambungan pengecas, bacaan voltan turun semula kepada 0v.

 

Apa yang saya lakukan ialah tanggalkan sambungan wayar bateri ke pcb dan cas bateri tersebut sehingga kira-kira 3.7v.

Setelah bateri yang saya cas mencapai 3.7v, saya sambungkan semula bateri ke pcb. Saya sambungkan juga tablet ke alat pengecas dan skrin kini boleh menyala serta memaparkan 1% sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

1% sahaja...

Walaupun ianya kini boleh dicas namun tidak dapat dihidupkan sebab voltan tidak mencukupi. Saya biarkan ianya dicas sehingga penuh dan memerlukan masa kira-kira 3 jam untuk penuh dicas.

Testing...

Tablet ini boleh dihidupkan semula setelah baterinya telah penuh dicas seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah apabila saya uji.

Testing...

Kejadian tidak dapat dicas adalah disebabkan pengguna telah menggunakan tablet tersebut sehingga baterinya habis dan padam sendiri yang mengakibatkan ianya tidak dapat dicas semula.

Tested - ok

Jadi, jangan tunggu sehingga baterinya habis digunakan atau sehingga padam sendiri baru mengecas sebab peluang ianya tidak dapat dihidupkan adalah tinggi seperti di atas.

 

Gambar di atas saya ambil dari 'user manual' tablet tersebut dan baterinya harus dibiarkan cas selama 6 jam pada kali pertama dan 4 jam setiap kali berikutnya bila dicas.

Setiap peralatan elektrik/elektronik direka berbeza-beza dan pastikan anda baca dahulu sebelum menggunakannya.

Setelah beberapa jam dicas...

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.