Thursday 15 July 2021

Microwave HV transformer test

Sebelum ini saya pernah kongsikan cara memeriksa HV diode (High Voltage Diode) yang digunakan pada mikrowave dan anda boleh rujuk di sini.

HV transformer

Hari ini saya kongsikan pula cara memeriksa satu lagi komponen penting pada mikrowave iaitu HV transformer (High Voltage Transformer).

HV transformer schematic...

Secara amnya, HV transformer untuk kegunaan mikrowave mempunyai tiga gegelung seperti boleh dilihat pada gambar di atas iaitu:-

  1. terminal 1 & 2 - gegelung primary (Bekalan 220vac)
  2. terminal 3 & 4 - gegelung secondary (sambung kepada antena magnetron)
  3. terminal 5 & G - gegelung secondary (HV voltage)
Primary coil (terminal 1 & 2)

Bacaan rintangan pada ketiga-tiga gegelung adalah seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di atas dan di bawah.

secondary coil (terminal 3 & 4)
  1. Terminal 1 & 2 - 3.8Ω
  2. Terminal 3 & 4 - 1Ω atau di bawah 1Ω
  3. Terminal 5 & G - 252Ω
HV coil (terminal 5 & G)

Gambar di bawah saya ambil dari 'service manual' untuk mikrowave berjenama MENUMASER. model DEC11E2 yang pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

MENUMASTER DEC11E2

Skematic di bawah menunjukkan pendawaian serta bagaimana bahagian HV pada mikrowave berfungsi.

Skematik HV section pada mikrowave...

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.