Friday 16 July 2021

Motorola PMMN4007A walkie talkie repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki walkie talkie berjenama Motorola, model PMMN4007A dengan masalah kadang-kadang tidak berfungsi ketika membuat panggilan keluar.

Motorola PMMN4007A

Saya tidak berpeluang mengujinya berikutan pemilik hanya menghantar bahagian mikrofon sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

3 biji skru perlu dibuka...

Sebelum dibuka untuk diperiksa, saya ada menekan suis di tepinya dan mendapati ianya kadang-kadang tidak menghasilkan bunyi 'tik' apabila ditekan.

Setelah penutup belakang dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, semuanya kelihatan elok seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah. Hanya sebiji suis (tact switch) sahaja yang saya syak bermasalah dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Tact switch rosak...

Setelah 'tact switch' tersebut saya keluarkan dari papan litar dan diperiksa, kadang-kadang ianya memang tidak mempunyai keterusan (continuity) bila ditekan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Saya gantikan 'tact switch' yang baharu dan kembalikannya kepada pemilik untuk diuji. Untuk pengetahuan semua, pemilik telah memberitahu saya ianya boleh digunakan tanpa masalah lagi.

Gantikan tact switch yang baharu...

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.