Saturday, 10 July 2021

LHL AV-029 USB SD FM stereo power amplifier repair

Hari ini saya dirujuk sebuah amplifier yang tidak diketahui jenamanya namun tertera LHL AV-019 pada bahagian hadapan amplifier seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dengan masalah boleh dihidupkan namun tidak mengeluarkan bunyi pada speaker.

LHL AV-029

Amplifier ini dilengkapi dengan fungsi bluetooth, SD, USB, radio siaran FM serta 'line in/aux' dan boleh menggunakan speaker dari 4Ω sehingga 8Ω.

Bahagian belakang amplifier...

Ketika dihantar kepada saya, pemilik pada mulanya hanya menyuruh saya bantu gantikan perintang yang kelihatan hangus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Perintang 220Ω hangus...

Pemilik sempat membuka penutupnya di depan saya dan menunjukkan perintang yang diminta untuk ditukar namun saya memberitahunya jika perintang putus, pasti ada penyebabnya dan jika dia nak juga tukar perintang tersebut sahaja, saya tidak mahu uji amplifier tersebut walaupun perintang telah ditukar sebab pasti tidak akan berfungsi.

Perintang 220Ω hangus...

Setelah berpuas hati dengan cadangan saya supaya diperiksa menyeluruh, saya buka papan litar dan periksa satu per satu.

Transistor yang rosak...

Kesemua komponen yang didapati rosak ialah seperti telah saya tandakan pada gambar di atas. Gambar di bawah pula adalah komponen rosak yang telah saya keluarkan dari papan litar iaitu:-

  • 4 biji transistor B1569A (PNP)
  • 2 biji A1015 (NPN)
  • 2 biji perintang 220Ω, 1/2w
Semua komponen yang rosak...

Masalah yang dihadapi saya kali ini ialah tiada lagi alat ganti untuk transistor berlabel B1569A dan terpaksa menggunakan transistor B1565 yang ada di pasaran.

Gantikan transistor B1569A dengan B1565...

Perbezaan kemampuan transistor B1569A dan B1565 adalah seperti berikut:-

  • B1569A - 120v, 1.5A
  • B1565 - 60v, 3A

Voltan emitter/collector - 29.54v

Walaupun voltan kedua-dua transistor bebeza separuh namun saya yakin boleh digunakan sebab sebelum dipasang ke papan litar, saya ukur voltan pada terminal 'emtter' dan 'collector' iaitu cuma 29.54v sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Siap...

Saya juga dapati cara 'heat sink' dipasang pada papan litar adalah tidak sesuai dan boleh dilihat pada gambar di atas. 'Heat sink' harus dipasang pada bahagian atas transistor dan jika perlu dipasang pada bahagian bawah transistor juga, ianya tidak boleh dibaringkan sebab panasnya tidak akan turun ke bawah.

Tested - ok

Amplifier ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah mengubahsuai transistor B1569A dengan menggunakan B1565 seperti di atas.

Untuk pengetahuan semua, pelaras 'bass' dan 'treble' juga tersalah label seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Tombol bass dan treble dilabel terbalik...

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.